KAUNTER SEMAKAN AHLI & PUNGUTAN KAD AHLI DIBUKA DI PEJABAT SUK SELANGOR

aktiviti

Informasi:

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Keahlian dan Tugas-tugas Khas Puspanita Negeri Selangor akan membuka kaunter Pungutan Kad Keahlian pada setiap hari Jumaat minggu pertama, kedua dan minggu ke empat pada setiap bulan di Laman Artami Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermula pada hari ini, 5 Julai 2024.

Ahli Puspanita Negeri Selangor yang telah mendaftar sebagai ahli pada sesi 4 tahun 2023 tetapi belum menerima kad keahlian boleh membuat semakan kad dengan mengimbas QRCode ‘semakan kad keahlian Puspanita’ yang disertakan.

Sila hubungi Puan Maimunah di No H/P : 0193548768 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

PROGRAM “GO AGRO GO.. LADIES”LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Program Go Agro Go
Program Go Agro Go
Program Go Agro Go

23 Julai 2024, Tanjung Karang – PUSPANITA Negeri Selangor telah menganjurkan Program “Go Agro Go.. LadiesLawatan Sambil Belajar PUSPANITA Negeri Selangor ke Taman Agroteknologi MARDI Tanjung Karang.

Program ini merupakan penghargaan dan tanda terima kasih atas sokongan penjawat awam wanita dan suri penjawat awam yang baru mendaftar, sekali gus menjadi tarikan kepada yang lain untuk turut mendaftar sebagai ahli.

Seramai 30 orang ahli baru yang bertuah dari semua daerah di Negeri Selangor telah dipilih menyertai program ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Lawatan ke Galeri Inovasi Padi dan Taman, bersampan, memancing, gagau ikan dan menanam padi.

Turut hadir dalam program ini Datin Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Negeri Selangor.

FORUM WANITA MITHALI “ SRIKANDI ISLAM IDOLA SEPANJANG ZAMAN”

FORUM WANITA MITHALI “ SRIKANDI ISLAM IDOLA SEPANJANG ZAMAN

PUSPANITA Negeri Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menganjurkan Forum Wanita Mithali “ Srikandi Islam Idola Sepanjang Zaman” seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mei 2024 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Auditorium Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam,

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Hebahan Program Tadarus Perdana PUSPANITA Negeri Selangor Pada 21 Mac 2024

Assalamualaikum,
Ahli-ahli muslimat PUSPANITA Negeri Selangor dijemput hadir ke program berikut:

Dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana bagi tahun 2024/ 1445H pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis) bersamaan 10 Ramadan 1445H
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah (MSSAAS), Shah Alam

**Cenderahati penyertaan disediakan hanya untuk 300 peserta terawal yang daftar dan hadir.

Pihak kami juga memohon kebenaran dan pelepasan waktu bekerja dengan kelulusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) mengikut Perintah Am 42 (A) Bab C bagi ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini.

Rujukan lanjut di e-poster dan Download Surat Jemputan Tadarus Perdana PUSPANITA Selangor 2024

tadarus