Category: Umum

JEMPUTAN KE PERSIDANGAN AGAMA PUSPANITA “MENYEMAI KASIH DI DUNIA, MENUAI CINTA DI SYURGA”

JEMPUTAN KE PERSIDANGAN AGAMA PUSPANITA “MENYEMAI KASIH DI DUNIA, MENUAI CINTA DI SYURGA”

Tarikh: 11 Oktober 2016 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI
Pakaian:Seragam Ahli PUSPANITA / Pejabat

Semua Puspanita diperingkat Negeri dan Daerah dijemput hadir ke persidangan ini.

Persidangan ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, yuran penyertaan adalah berjumlah RM100.00 seorang dan pembayaran bolehlah dibuat melalui cek/Bank-in/Bank Transfer/Local Order ke akaun seperti berikut:-

Nama Bank: CIMB Berhad
Nama Akaun: PUSPANITA
Nombor Akaun: 8000412656

(Bukti pembayaran perlu diemail kepada bayaran@puspanitakebangsaan.jpm.my)

Penyertaan memerlukan 30 orang ahli Puspanita daripada Negeri Selangor

Kepada AJK dan ahli puspanita yang berminat, sila isikan borang pengesahan dan kemukakan kepada Pn. Nurjihan bt Zulkarnain (nurjihan@selangor.gov.my) atau Pn. Zaimah bt Abdul Razak (zaimah@selangor.gov.my)

Sila muat turun borang pengesahan kehadiran dan tentatif atur cara DISINI>>

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi urusetia Cik Siti Nurshuhada Ahmad Shukri dan Cik Siti Nurmaimunah Mazlan di talian 03-2142 1332 atau email persatuan.pk@1govuc.gov.my.

TAWARAN BOOTH JUALAN DAN PAMERAN SEMPENA PERSIDANGAN TAHUNAN AGAMA PUSPANITA “MENYEMAI KASIH DI DUNIA, MENUAI CINTA DI SYURGA”

TAWARAN BOOTH JUALAN DAN PAMERAN SEMPENA PERSIDANGAN TAHUNAN AGAMA PUSPANITA “MENYEMAI KASIH DI DUNIA, MENUAI CINTA DI SYURGA”

Untuk makluman, sekiranya berminat untuk menyertai pameran sempena persidangan tahunan agama tersebut. Sila hubungi Biro Keusahawanan Puspanita Negeri Selangor.

Sila Muat Turun SURAT TAWARAN BOOTH PERSIDANGAN AGAMA DISINI>>

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”

Dianjurkan oleh Biro Keusahawanan, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Biro Pesara dan Tabung Latihan PUSPANITA

PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”akan diadakan seperti di Lampiran 1 bermula 8 Oktober 2016 – 26 November 2016

Penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Penyertaan adalah first-come-first-serve basis dan pembayaran yuran pendaftaran perlu dibuat setelah peserta berjaya dipilih untuk menyertai kursus berkaitan.

Peserta yang telah membuat pembayaran yuran pendaftaran sebelum mendapat pengesahan penyertaan daripada Urus Setia atau membuat pembatalan di saat akhir, tidak akan dipulangkan semula pembayaran tersebut. Pengangkutan turut akan disediakan bagi kursus yang melibatkan kawasan di luar Putrajaya.

Muat turun borang penyertaan program DISINI>>

Muat turun senarai program DISINI>>

Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Farhana Aziz di talian 03-2142 1332 atau emelkan ke persatuan.pk@1govuc.gov.my. Borang penyertaan perlu dikemukakan kepada Urus Setia sebelum tarikh tutup permohonan.

PENCALONAN ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLANG PERINGKAT CAWANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA (MAP) KE-35

PENCALONAN ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLANG PERINGKAT CAWANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA (MAP) KE-35

Semua AJK PUSPANITA INDUK Negeri Selangor,
Semua AJK PUSPANITA Daerah Negeri Selangor,

Sila Muat Turun FORMAT ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLAN DISINI>>

Segala cadangan pencalonan tersebut, perlu di emelkan kepada Pn. Zaimah Abd. Razak (zaimah@selangor.gov.my) atau Pn. Nurjihan Zulkarnain (nurjihan@selangor.gov.my) pada atau sebelum 30 Oktober 2016.

JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT

JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT

Dimaklumkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Keempat akan dianjurkan oleh pihak PUSPANITA KEBANGSAAN akan diadakan seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 9 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat  : De’ Seri Endon, PUSPANITAPUR
Presint 10, Putrajaya
Pakaian : Smart Casual

Dijemput pelajar – pelajar Tingkatan Lima (5) yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik untuk menyertai seminar ini sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung.

PUSPANITA KEBANGSAAN akan mengenakan bayaran commitment fee sebanyak RM20.00 bagi penyertaan setiap pelajar ke seminar ini dan ianya akan dipulangkan semasa pendaftaran seminar. Bayaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar tidak hadir ke seminar tersebut.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun PUSPANITA KEBANGSAAN seperti berikut:-

Nama Bank: CIMB

No. Akaun: 8000412656

Nama Akaun: PUSPANITA

Rujukan:STEM 4

Sila muat turun Borang Pengesahan Kehadiran SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT >>DISINI untuk dilengkapkan dan dikembalikan bersama-sama bukti pembayaran comitment fee sebelum atau pada 3 Oktober 2016 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang melalui emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my dan bayaran.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996

Sila muat turun tentatif atur cara seminar >>DISINI

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Siti Nurshuhada Ahmad Shukri di talian 03-2142 1332 atau emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my.