MAKLUMAN SEMAKAN DAN KUTIPAN KAD AHLI PUSPANITA NEGERI SELANGOR


Biro Keahlian PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa proses cetakan Kad Ahli PUSPANITA bagi permohonan yang diluluskan sehingga 6 Mac 2026 kini telah siap sepenuhnya dan sedia untuk dikutip.

Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor dipelawa untuk membuat semakan nama masing-masing menerusi pautan Senarai Nama Kad Ahli mengikut kategori senarai di bawah sebelum hadir membuat kutipan:

MAKLUMAT KUTIPAN KAD AHLI

Kutipan kad ahli boleh dibuat pada waktu urusan pejabat mengikut ketetapan berikut:

  • Lokasi Kutipan: Pejabat PUSPANITA Negeri Selangor

  • Waktu Urusan: Isnin – Jumaat (Waktu Pejabat)

Bagi sebarang pertanyaan lanjut atau urusan penyerahan kad, ahli boleh berhubung terus dengan Biro Keahlian Dan Pesara: 0193548768

Kerjasama dan perhatian daripada seluruh ahli amatlah dihargai.