Pengenalan

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.

Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.


OBJEKTIF PUSPANITA

  1. Merekayasa PUSPANITA
  2. Memperkukuhkan tadbir urus
  3. Memperkasa dan mengupayakan ahli
  4. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
  5. Memperluaskan rangkaian strategik

Visi

PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

Misi

Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

Moto

“Wanita Sepakat Negara Meningkat”


PENAUNG PUSPANITA

YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
(November 2022 – kini)

PENASIHAT PUSPANITA

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar

YANG DIPERTUA PUSPANITA

YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil

PENGERUSI PUSPANITA NEGERI SELANGOR

YBhg. Datin Syarmila binti Yahaya

DASAR

  1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
  2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong     pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  3.  Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan    kecemerlangan diri.
  4.  Memupuk silaturrahim antara wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

STRATEGI

  1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
  2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalangan ahli.
  3. Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  4. Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan dengan berteraskan dasar 5K PUSPANITA iaitu
  • Kebajikan;
  • Keusahawanan;
  • Keilmuan;
  • Kesejahteraan; dan
  • Kelestarian.

 
LIRIK LAGU PUSPANITA

 

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Senikata Oleh : Dato’ Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato’ Abu Bakar

LOGO RASMI PUSPANITA

1. Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.

2.Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.

3. Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.

4. Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.

5. P dan Pa lambang kewanitaan.

6. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.

7. Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli. TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.