Category: Umum

EXploria KIDS PUSPANITA Negeri Selangor

Poster Explore Kids Puspanita Selangor

EXploria KIDS PUSPANITA Negeri Selangor

Assalamualaikum dan
Selamat Sejahtera,

PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan Program EXploria KIDS dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) pada:

🗓️ 25 Jun 2022 (Sabtu)
8.00 pagi – 1 tengah hari
🔸 Tempat: PPAS D/A: Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
📱 Pendaftaran Online : https://forms.gle/Fabqz6ixGCtLCLwH7
(sebelum 20 Jun 2022)

📌Terbuka kepada semua anak-anak ahli PUSPANITA Negeri Selangor berumur 7 – 12 tahun
📌Penyertaan adalah terhad 40 peserta
📌sila isi borang berasingan bagi setiap nama anak
📌Pertanyaan lanjut hubungi Biro Pendidikan & Kesihatan, melalui Puan Zulimah Binti Mukid 019-3409035

🔸Tentatif Aturcara:
8.00 pagi ~ Pendaftaran/Sarapan/Pembahagian Kumpulan
8.30 pagi ~ EXploria:Lawatan/Game bermula
12.00 tgh ~ Penyampaian Hadiah/Penutup
1.00 tgh ~ Bersurai

Tahniah Pemenang Pertandingan Mencipta Puisi 2022

Tahniah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Puisi bertemakan Sesuci Kasih Ibu Di Aidilfitri, iaitu Puan Siti Aisyah Binti Aziz, dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Beliau telah menyampaikan deklamasi puisi tersebut semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPANITA Negeri Selangor di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam pada 27 Mei 2022.

gambar pemenang puisi 2022

Kemaskini 27 Mei 2022 : Keputusan pemenang semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPANITA Negeri Selangor

Kemaskini 27 Mei 2022 : Keputusan pemenang semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPANITA Negeri Selangor:

*Pemenang Pertandingan Mencipta Puisi:
1. Johan : Puan Siti Aisyah binti Aziz – Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
2. Puan Norhaslin binti Sulaiman – Majlis Perbandaran Klang
3. Puan Maslinda binti Mangon – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

*Pemenang Pertandingan Video Pendek/Tiktok:
1. Johan : Puan Norhaslin binti Sulaiman – Majlis Perbandaran Klang
2. Puan Azlinna binti Md Yusof – Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3. Puan Afizah binti Abu – Majlis Perbandaran Klang

*Pemenang Reruai Terbaik:
1. Johan : PUSPANITA Daerah Klang
2. PUSPANITA Daerah Sabak Bernam
3. PUSPANITA MBSA

Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua ahli yang menyertai pertandingan kali ini serta semua ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor terutama team induk dan daerah yang bergandingan menjayakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPANITA Negeri Selangor 2022.
PUSPANITA Negeri Selangor amat menghargai sokongan anda semua.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Negeri Selangor Tahun 2022

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Negeri Selangor Tahun 2022

Semua ahli dijemput hadir secara Online melalui FBLive @PuspanitaNegeriSelangor pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 12 tgh 

>>DOWNLOAD NOTIS AGM DI SINI >> 2022-Notis AGM_Ke38_fara pindaan 25_02_2022

::Perhatian kepada ahli, berikut tarikh-tarikh penting sebelum Mesyuarat Agung hendaklah menghantar Borang Usul & Pencalonan AJK Induk secara Online sebelum/pada 23 Mac 2022 :-

Poster AGM2022