Category: Aktiviti

Penyertaan dalam tayangan amal sempena sambutan 40 tahun PUSPANITA

9 Mac 2023
Berlangsungnya tayangan amal sempena sambutan 40 tahun PUSPANITA. Program ini adalah anjuran PUSPANITA dengan kerjasama Golden Screen Cinema (GSC). Tayangan ini diadakan serentak di seluruh negara.
Di Selangor sebanyak 5 GSC yg terlibat iaitu GSC Setia Alam, GSC Subang Parade, GSC Paradigm Mall, GSC One Utama dan GSC 3 Damansara. Tayangan amal filem 65 ini adalah berkisarkan tentang sains fiksyen dan di bintangi oleh Adam Driver.
PUSPANITA Negeri Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para pembeli dan penyumbang yang baik hati dan dermawan kerana sudi membeli tiket tayangan filem 65 sambil beramal. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik tuan/puan semua.

Gambar sempena Program Kayuhan Kasih Dan Sambutan Hari Wanita Anjuran Bersama PUSPANITA Daerah Sepang Dan PUSPANITA Negeri Selangor

Gambar sempena Program Kayuhan Kasih Dan Sambutan Hari Wanita Anjuran Bersama PUSPANITA Daerah Sepang Dan PUSPANITA Negeri Selangor
Tarikh : 08 Mac 2023 (Rabu)
Tempat : Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Tahniah dan terima kasih semua yang menjayakan program ini. Anda semua Wanita yang

hebat!
#puspanita
#puspanitaselangor