Assalamualaikum, semua ahli PUPANITA Selangor dijemput menyertai acara berikut :-
Kursus Perbaiki Bacaan Al-Quran
Tarikh : 9 Mei 2017
Tempat : Ballroom, Dewan Jubli Perak, Shah Alam, Selangor
Masa : 8.00 pagi – 12.30 petang
Category: Aktiviti
Notis Mesyuarat Agung Kali Ke 33 Tahun 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 Tahun 2017 akan diadakan pada :-
Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak Sulran Abdul Aziz, Shah Alam
Semua ahli Puspanita Negeri Selangor dijemput hadir.
DOWNLOAD NOTIS MESYUARAT AGUNG BERIKUT:-
Tentatif program:-
JEMPUTAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG AJINOMOTO (M) BERHAD, PETALING
Sila klik untuk Risalah Lawatan Ke Ajinomoto
Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Ajinomoto (M) Berhad pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 9 September 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Lot 5710 Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur
Tempat adalah dihadkan dua(2) orang wakil dari setiap jabatan di bawah PUSPANITA Negeri Selangor (Induk). Keutamaan bagi yang tidak pernah mengikuti program PUSPANITA yang terdahulu dan yang mengemukakan permohonan dengan kadar segera.
Untuk makluman, bas disediakan dan tempat berkumpul berhampiran Pos Pengawal 1, Pejabat SUK pada jam 7.30 pagi bagi peserta dari Induk dan jabatan sekitar sahaja.Bagi sesiapa yang menghadiri lawatan dambil belajar ini layak untuk satu (1) hari berkursus dan boleh dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urusetia Program:
Puan Masyuzi (019-325 1691), Puan Sabariah(018-985 0773) atau Puan Zaimah(03-5544 7945)
Untuk muat turun Surat Jemputan dan Surat Permohonan Pelepasan (Pengecualian) waktu bekerja >> DISINI
Untuk muat turun Borang Pengesahan Kehadiran >> DISINI
SESI PERKONGSIAN ILMU “GELOMBANG ANCAMAN-ANCAMAN LUAR KE ATAS MALAYSIA DAN KESEDIAAN KITA MENGHADAPINYA
JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN ILMU “GELOMBANG ANCAMAN-ANCAMAN LUAR KE ATAS MALAYSIA DAN KESEDIAAN KITA MENGHADAPINYA”
Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA dengan kerjasama Biro Luar Negara, Biro Pesara, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Tabung Latihan PUSPANITA, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia akan mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu “Gelombang Ancaman-ancaman Luar ke atas Malaysia dan Kesediaan Kita Menghadapinya” seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 September 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya
Pakaian : Pakaian Pejabat
Untuk makluman bagi yang berminat untuk menghadirinya, sila isi borang kehadiran dan emelkan kepada Puan Ruzaidah Binti Mansor di alamat emel: ruzaidah@selangor.gov.my pada atau sebelum 4 September 2016 untuk tindakan lanjut.
Untuk muat turun Aturcara Program>> DISINI
Untuk muat turun Borang Pengesahan Kehadiran >> DISINI