Jemputan Webinar Wanita Anjuran UITM 13 Okt 2022

 

Dipanjangkan jemputan webinar kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang berminat.
Sila klik pautan borang dan maklum syarat nyatakan.

uitm-wanita2022

uitm-wanita2022-tentatif

Promosi Webinar Untukmu Wanita: Minda Sihat, Hidup Sejahtera’ Anjuran Pusat Terapi Diet, Universiti Teknologi MARA
Merujuk perkara di atas, kami ingin mewar-warkan satu program khas buat wanita bersempena dengan World Mental Health Day, anjuran Pusat Terapi Diet, Universiti Teknologi MARA.
Program : Webinar Untukmu Wanita: Mental Sihat, Hidup Sejahtera
Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 9 pagi – 4 petang
Platform : Secara online menerusi aplikasi Zoom
Link Pendaftaran : https://bit.ly/UntukmuWanitaUiTM
2. Kami juga ingin memohon jasa baik pihak Puan untuk memanjangkan promosi program ini kepada kesemua ahli persatuan supaya manfaat daripada program ini dapat dikongsikan bersama. E-sijil dan video rakaman webinar akan disediakan kepada semua peserta.
3. Segala kerjasama dan jasa baik Puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Noor Izati binti Roslan
Pegawai Dietetik U44 / Pengarah Program
Webinar Untukmu Wanita: Minda Sihat, Hidup Sejahtera
Pusat Terapi Diet, Universiti Teknologi MARA

Permohonan Dibuka 2022 : Sumbangan Khairat Kematian Ahli PUSPANITA Selangor

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI-AHLI PUSPANITA NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Berdaftar yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Negeri/Persekutuan Negeri Selangor
Syarat-Syarat Permohonan :-
1. Sumbangan kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang kematian ahli keluarga (suami/anak/ibu/ bapa/ibu mertua/ bapa mertua) pada tahun 2022.
Tarikh Tutup Permohonan – 31 Disember 2022
*Pemohon perlu melengkapkan maklumat melalui link Google Form https://forms.gle/ExrrcUHs4ED2Ugb1A dan mengemukakan dokumen lengkap.
Untuk keterangan lanjut: sila hubungi
i) Siti Hajar Binti Yahya : 03-55454086/019-2487361
ii) Ezatul Nur Bt. Othman di talian 03-55452599/019-2227762

Permohonan Dibuka : Sumbangan Haji Ahli PUSPANITA Selangor 2022

SUMBANGAN HAJI KEPADA AHLI-AHLI PUSPANITA NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Berdaftar yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Negeri/Persekutuan Negeri Selangor
Syarat-Syarat Permohonan :-
1. Sumbangan kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang menunaikan ibadat Haji (kali pertama) pada tahun 2022.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN – 31 OKTOBER 2022
*Pemohon perlu melengkapkan maklumat melalui link Google Form https://forms.gle/XeP5JYV2DXLXxKQj8 dan mengemukakan dokumen lengkap.
Untuk keterangan lanjut: sila hubungi
i) Siti Hajar Binti Yahya : 03-55454086/019-2487361
ii) Ezatul Nur Bt. Othman di talian 03-55452599/019-2227762
poster sumbangan haji puspanita selangor2022