Pertandingan Tenpin Bowling PUSPANITA Selangor 25 Feb 2022
DOWNLOAD : BORANG PERTANDINGAN TENPIN BOWLING 2022
DOWNLOAD : PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING PUSPANITA 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan Pertandingan Tenpin Bowling PUSPANITA Selangor pada:
Tarikh : 25 Februari 2022
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Wangsa Bowl, Setia City Mall, Setia Alam, Selangor
Terbuka kepada ahli PUSPANITA Selangor
Penyertaan Trio berpasukan.
Bersama ini disertakan rujukan Poster, Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan berkaitan.
Nota:
-Terhad 36 pasukan berdasarkan penyertaan terawal.
-Penyertaan 1 pasukan bagi 1 jabatan.
-Tarikh tutup penyertaan : 22 Februari 2022
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh dikemukakan kepada urusetia berikut:-
Puan Yusnaiza : 012-3862030
Puan Suhana : 019-3139562
Sekian, terima kasih.
b.p. Biro Sukan, PUSPANITA Negeri Selangor
Jom Belajar Memasak 10 Kuih Talam Bersama Chef Asma
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
PUSPANITA Negeri Selangor melalui Biro Pembangunan Keluarga akan menganjurkan Kursus Memasak Kuih Talam Bersama Chef Asma pada:
📆 *Sabtu, 22 Januari 2022*
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
💰 Bayaran RM50 sahaja
👉Pautan Borang : https://ls.selangor.my/WpMGG5
*Tarikh tutup pendaftaran 18 Jan 2022
*Penyertaan Adalah TERHAD. Anda akan dihubungi oleh urusetia.
*Urusetia : 016-6781833 (Pn. Maimunah)
KURSUS ONLINE TAMAN WOW! 16 OKT 2021
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat menyertai kursus online berikut:
*BORANG DAFTAR: KURSUS ONLINE PUSPANITA X MINGGUAN WANITA:*
TAMAN WOW ! MITOS TANGAN PANAS & SEJUK DAN PENJAGAAN TANAMAN SECARA NATURAL
TARIKH : 16 OKTOBER 2021
MASA : 10.30 PAGI
PLATFORM : SLIDO
PAKAR :
1. Ts. Muhamad Adli Salihin
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pertanian, Jabatan Pertanian
2. Anwar Tawe
Pen. Pengarah,
Bahagian Komoditi Tanaman, Jabatan Pertanian
Disebabkan percaya dengan mitos tangan panas dan sejuk. Fakta atau auta? Ramai enggan menanam tanaman hiasan mahupun edible sebab bimbang ia cepat mati. Percaya lah sebenarnya ada cara yang betul untuk pastikan tanaman yang ditanam hidup subur dan segar.
Bukan itu sahaja, bagi anda yang menitik beratkan penjagaan alam sekitar, kursus ini turut menunjuk ajar kaedah penjagaan tanaman selamat secara natural atau semula jadi.
Inilah masa terbaik mendapatkan ilmu daripada pakar berpengalaman luas dalam bidangnya.
*LINK PENDAFTARAN:* https://bit.ly/3llfGgY
*LINK SLIDO (SILA SAVE UNTUK ANDA AKSES SEMASA KURSUS NANTI):*
https://app.sli.do/event/4x8pdv3p
*LINK TELEGRAM KURSUS ONLINE PUSPANITA CAW. SELANGOR (SILA KLIK SETELAH DAFTAR):* https://t.me/joinchat/nV0aD6occ-40M2Q9
Sijil digital adalah berdasarkan nama yang anda isi dalam borang.
Bicara Kesihatan 12 OKT: bertajuk Vaksin dan Endermik Covid 19: Bersediakah kita?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bicara Kesihatan bertajuk Vaksin dan Endermik Covid 19: Bersediakah kita? anjuran Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Selangor
Penceramah: Dr Malar Santhi (Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Cheras)
Tarikh : 12 Oktober 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi
🎥 Facebook PUSPANITA Selangor
https://www.facebook.com/puspanitanegeriselangor
Anda berpeluang memenangi PELBAGAI HADIAH MENARIK CABUTAN ISTIMEWA BANK ISLAM, PEMENANG AKAN DIPILIH DIAKHIR PROGRAM
Lengkapkan pendaftaran secara online di link rasmi Bank Islam
https://www.bankislam.com/ezxcess/
Masukkan Nama dan No. Telefon serta maklumat mengikut format seperti dibawah :
Sila masukkan:-
⏺️Customer Name :
⏺️Contact Number :
⏺️Products : pilih BANK ISLAM VIRTUAL TALK
⏺️Applied Amount : 0
⏺️Preferred State: SELANGOR
⏺️Preferred Branch : PUSAT PEMBIAYAAN DIRECT SALES
⏺️Do you know any of Bank Islam Berhad Staff: Please tick No
⏺️Remark : PUSPANITA
Sila tanda (✅) di ruangan PDPA kemudian tekan submit.






