Program Upcycle Jeans Tote Bag 3 Februari 2024

program
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa, PUSPANITA Negeri Selangor akan menganjurkan Program Upcycle Jeans Tote Bag seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 3 Februari 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Foyer Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam
Sehubungan itu, ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput untuk menyertai program tersebut dengan kos bayaran sebanyak RM15.00 seorang dan bayaran boleh dibuat secara online transfer seperti berikut:
Nama Organisasi: PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor
Nama Bank: CIMB Bank Berhad
No. Akaun: 8001941219
Untuk makluman juga, program ini terbuka kepada 25 orang peserta sahaja dan kos makan/minum sepanjang program disediakan oleh pihak penganjur. Pendaftaran program boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/Ybr5Y6Le5BK1fNJZ9 selewat-lewatnya pada 30 Januari 2024.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
– Puan Nur Alina Arni binti Md Morni: 0193443344
– ⁠Puan Nor Fadilah binti Jamaludin: 0172444574
Sekian, terima kasih.
b.p PUSPANITA Negeri Selangor

Program Sukaneka MADANI PUSPANITA Negeri Selangor pada 30 Disember 2023

Aktiviti 30/12/2023 (Sabtu) – Program Sukaneka MADANI PUSPANITA Negeri Selangor anjuran Biro Sukan & Rekreasi telah dilaksanakan dengan meriah pada di Dataran SUK Selangor.
Semua peserta begitu bersemangat sepanjang sukaneka berlangsung. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan aktiviti yang telah ditetapkan secara berkumpulan yang dikendalikan oleh Team Meru Coaches.

Program ini turut disertai oleh Datin Setia Padiah binti Safian, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi PUSPANITA 1 dan Dr Siti Rohana binti Saad, Timbalan Pengerusi PUSPANITA 2.
Terima kasih juga diucapkan kepada #TudungSiComel atas kesudian menaja 10 helai tudung kepada peserta bertuah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Sehingga berjumpa lagi di program PUSPANITA Negeri Selangor Tahun 2024

Norhayati Ahkhiad
Biro Sukan & Rekreasi
PUSPANITA Negeri Selangor

sukan2

sukan1 sukan9  sukan3 sukan4 sukan5 sukan6 sukan7 sukan8  sukan10