Attachment : Surat kebajikan 23jun2015
Permohonan Insentif Pendidikan Dibuka Sehingga 15 JUN 2015
PEMBERIAN INSENTIF PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2015
Insentif diberikan kepada anak-anak ahli yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berikut:-
UPSR : 7A
PMR : 7A
SPM : 7A
STPM : 4P-(A)
STAM : JAYYID JIDDAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan Negeri/ Persekutuan Negeri Selangor yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas.
2. Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA.
3. Pengesahan salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Pemohon.
4. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Pemohon.
5. Bagi ahli yang telah bersara/berpencen, borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Prosesional/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
G. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum:
15 JUN 2015
Kepada :
PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN
PUSPANITA NEGERI SELANGOR
D/A: JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
(UNIT MATEMATIK, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)
JALAN JAMBU BOL 4/3E
40604 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN.
Untuk keterangan lanjut:
sila hubungi Puan Zuraida Binti Zulkifli
di talian: 03-55189204/019-2299465
Program Agama Puspanita Kebangsaan 21 Mei 2015
Assalamualaikum dan salam hormat.
Diperlukan maklumbalas segera! Jemputan ke program agama anjuran PUSPANITA Kebangsaan bertajuk “INDAHNYA PERJALANAN KE SYURGA, HEBATNYA DUGAAN DI DUNIA”
Download surat jemputan >>
Program Agama Puspanita Kebangsaan 21mei2015
Sekian terima kasih.
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”
B.P:
Setiausaha Kerja
PUSPANITA Negeri Selangor
Tel.: 03-55447945 (MTES)
Faks.:03-5512 5193
E-mel: zaimah@selangor.gov.my
Program Agama Puspanita Selangor 7 Mei 2015
Assalamualaikum, esok jangan lupa kepada peserta yang telah memberikan nama melalui ketua jabatan masing-masing, jom kita hadiri program bertajuk “PENJELASAN KHILAFIAH DALAM BERIBADAT MENGIKUT PANDANGAN 4 MAZHAB : PERSOALAN HAID DAN ISTIHADAH”
Tarikh : 7 Mei 2015
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
b.p. Biro Agama, Puspanita Selangor
Puspanita Selangor Berjaya Catat Rekod Malaysia
Salam TAHNIAH kepada team Puspanita Selangor yang telah berjaya catat Rekod Malaysia iaitu “Kibaran Logo Terbesar Di Dasar Laut” Cerita mengenainya mendapat liputan akhbar 🙂
Sumber berikut daripada Utusan online
KUALA LUMPUR 28 April – Enam penyelam skuba wanita yang mewakili Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Selangor baru-baru ini, berjaya mencatat rekod mengibarkan logo persatuan terbesar di dasar laut melalui Malaysia Book of Records (MBR).

Kibaran logo bersaiz 15 meter panjang dengan 12.9 meter lebar itu dilakukan pada kedalaman 20 meter di perairan Teluk Kalong, Pulau Redang dekat sini pada 11 April lalu.
Ketua Biro Agama dan Kebajikan Puspanita Daerah Sepang, Yusmah Indrawati Yusup berkata, idea asal program tersebut merupakan hasil perbincangan dengan rakan-rakan di Puspanita Daerah Sepang dan mengambil masa selama empat bulan untuk koordinasi bagi menjayakan program itu dengan bantuan 10 penyelam teknikal.
“Apa yang menarik ialah, empat penyelam yang menjayakan program ini merupakan penyelam baharu dan mereka baru sahaja selesai mendapat lesen selam skuba laut terbuka dan ini memberikan sedikit cabaran kepada kami.
“Namun dengan bantuan daripada penyelam teknikal daripada Seamonkey Sdn. Bhd., persiapan dan koordinasi untuk mengibarkan logo ini akhirnya menjadi kenyataan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.
Wakil MBOR, Nurul Huda Zakaria yang hadir pada program berkenaan mengesahkan kejayaan yang berjaya dilakukan enam penyelam skuba Puspanita Daerah Sepang itu.
Menurut Yusmah Indrawati, program itu pada awalnya agak sukar diterima pihak Puspanita Daerah Sepang kerana melibatkan satu hobi yang agak berbahaya, namun selepas kertas cadangan yang dipersembahkan terperinci, mereka akhirnya menerima idea tersebut.
Yusmah Indrawati yang juga merupakan Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran Am Dan Keurusetiaan, Majlis Perbandaran Sepang berkata, dengan kejayaan yang dilakar enam penyelam Puspanita Daerah Sepang ini, mereka berhasrat untuk menambah bilangan penyelam skuba wanita di setiap daerah yang ada di Selangor.
“Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kami untuk melahirkan lebih ramai penyelam skuba wanita Puspanita di sembilan daerah di Selangor di mana kami merangkakan setiap daerah dapat melahirkan 10 penyelam skuba dalam tempoh setahun ini,” katanya.
Ditanya mengenai rekod yang dicipta, Yusmah Indrawati berkata, rekod berkenaan diharap dapat bertahan dalam tempoh lima tahun ini dan mereka akan memikirkan program catatan rekod MBOR yang lain selepas ini.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyelam-skuba-puspanita-catat-rekod-1.85605#sthash.EcJY2zmg.dpuf