Iklaniaga

iklaniaga

Terima kasih kepada peniaga yang pernah menyertai tapak niaga kami. Semoga maju jaya.
Pertanyaan mengenai tapak niaga sila berhubung dengan wakil Biro Usahawan kami Puan Sa’adah 03-55212313 pada waktu pejabat. Terima kasih.

SENARAI PENIAGA YANG PERNAH MENYERTAI JUALAN JUMAAT 2023

peniaga_buah_suk Hanifah binti Ahmad. Menjual air buah nenas dan mangga segar, serta buah-buahan potong seperti nenas, mangga dan buah naga. Gerai beliau memang antara gerai aktif yang beroperasi di sini.
Rasya Khaira Tupperware.
Peminat Tupperware original boleh contact dan follow Facebook : https://www.facebook.com/rasya.tupperware
Specky Panda – Peniaga ini katanya pertama kali buka gerai di sini pada Januari 2023. Panjang meja gerai mereka sebab sediakan alat pemeriksaan mata percuma dan dipamerkan pilihan pelbagai bingkai cermin mata pada harga promosi. Kami tag Specky Panda semoga perniagaan terus maju – @https://www.facebook.com/speckypanda.ecoardence

 

 

 

SENARAI PENIAGA YANG PERNAH MENYERTAI:

A. TAPAK NIAGA BAWAH BANGUNAN
1. Ida – tudung
2. Anne – Aleovera
3. Dekna – baju blouse
4. Raja Hamidah – perfume (https://www.facebook.com/raja.iddia)
5. Mokhtar – telekung
B. TAPAK NIAGA LUAR LAMAN ARTAMI
1. Mas Merah – Krimpaf Buntat
2. Cinn & Roll
3. Kupikiter
4. Air buah
5. Nasi kerabu

*Kami cuba senaraikan maklumat peniaga di sini sebagai membantu promosi kepada perniagaan mereka yang pernah menyertai tapak niaga kami dan kepada anda yang mencari maklumat peniaga berkenaan. Sila maklumkan kami sekiranya terdapat maklumat perniagaan untuk dikemaskini atau tidak lagi beroperasi. Terima kasih.

INFORMASI TAPAK NIAGA JUALAN JUMAAT
Aktiviti Biro Usahawan : Jualan setiap Jumaat di tapak niaga Laman Artami, Perkarangan Tingkat Terbawah (LG) Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Meriah barisan peniaga yang ambil bahagian jualan Jumaat hari ini. Tahniah team Biro Usahawan PUSPANITA Negeri Selangor menguruskan kemasukan peniaga dan susunan tapak setiap Jumaat.
Untuk makluman, Laman Artami ialah nama tapak niaga yang terletak di Perkarangan Tingkat Terbawah (LG) Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Tapak dibuka setiap hari di bawah pengurusan Unit Usahawan, Seksyen Sektoral, Pejabat SUK Selangor. Jualan Jumaat adalah dikhaskan untuk usahasama PUSPANITA Negeri Selangor.
Bangunan SSAAS ini menempatkan pejabat-pejabat kerajaan peringkat Negeri Selangor yang sentiasa dikunjungi orang awam dan pelawat bangunan ini. Antaranya pelbagai bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor termasuk Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan banyak lagi.
Aktiviti perniagaan hanya dijalankan mengikut waktu pejabat di kawasan perkarangan sahaja dengan pematuhan kebersihan dan keselamatan yang ditentukan oleh pihak pengurusan bangunan.

Semoga peniaga terus kekal berminat join Jualan Jumaat dan terus membekalkan produk-produk berkualiti dengan harga terbaik kepada kakitangan dan pelanggan di Bangunan SSAAS ini.

Pertanyaan mengenai tapak niaga sila berhubung dengan wakil Biro Usahawan kami Puan Sa’adah 03-55212313 pada waktu pejabat. Terima kasih.