Category: Aktiviti

Soal Selidik Kursus ICT 2023

AssKursus ICTalamualaikum & selamat sejahtera,
Makluman acara akan datang:

KURSUS ICT JANGKA PENDEK BAGI AHLI-AHLI PUSPANITA NEGERI SELANGOR

PUSPANITA Negeri Selangor melalui Biro ICT dan Seranta ingin membuka peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang berminat untuk menyertai Kursus ICT Jangka Pendek yang akan diadakan seperti butiran di bawah. Tajuk kursus akan ditentukan berdasarkan UNDIAN tertinggi kursus pilihan ahli di dalam Borang Soal Selidik:-

Tarikh kursus : 6 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Ballroom, Tingkat Bawah, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
Tajuk Kursus : Sila undi di “Borang Soal Selidik”

Syarat Penyertaan:
-Penyertaan adalah terbuka kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang berminat dan boleh memberi komitmen untuk hadir
-Berminat dan mengisi Borang Soal Selidik Online : https://forms.gle/tEKar1adhcS6ywNb8
-Boleh membawa Laptop dan Smartphone sendiri
-Bersetuju dengan sebarang *Tajuk Kursus ICT berdasarkan undian tertinggi di Soal Selidik
-Bilangan Peserta : Terhad 40 orang
-Peserta terpilih akan dimaklumkan

Apa yang akan anda pelajari??
-Teori tentang topik ICT yang terpilih
-Pengenalan tentang aplikasi ICT yang akan digunakan
-Knowledge sharing – Tips & Trick
-Kaedah pelajaran secara Hands-On! iaitu mempelajari aplikasi ICT sambil terus menghasilkan projek serentak

Apa lagi yang menarik??
*Penyertaan yang berjaya akan dimaklumkan melalui Whatsapp Group khas yang akan diwujudkan. Peserta yang berjaya HADIR akan melayakkan menerima Kit Kursus istimewa dan layak memenangi hadiah hasil projek terbaik.

Tarikh tutup mengisi Soal Selidik & Penyertaan : 30 Mei 2023

Urusetia untuk dihubungi:
Biro ICT & Seranta
-Puan Rosnah 018-7772633
-Puan Nur Azima 012-3373904

LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART 15.3.2023

Aktiviti 15.3.2023
LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART anjuran bersama PUSPANITA Daerah Gombak bersama PUSPANITA Negeri Selangor berlangsung pada 15 Mac 2023 (Rabu).
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Padiah binti Safian, Puan Nori Dayu binti Ahmad Kanan, Puan Norhasnitah Binti Ibrahim, Datin Jamaliah binti Abd Aziz, wakil-wakil dari Puspanita Negeri dan Daerah-Daerah kerana sudi bersama-sama dalam sesi lawatan tersebut.
PUSPANITA Negeri Selangor juga turut menyumbangkan peruntukan kepada Daerah Gombak bagi memastikan kelancaran program serta mencapai objektif yang disasarkan.
Semoga perkongsian ilmu daripada En Khairul, En Saberi bersama Mr Thian dapat memberikan sedikit ilmu serta pendedahan mengenai pengoperasian smart tunnel sebagai satu-satunya terowong dwifungsi di dunia. Secara ringkasnya tujuan terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang sememangnya kritikal di sesebuah pusat bandaraya.