Category: Aktiviti

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA KEBANGSAAN dengan kerjasama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Biro Keusahawanan, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Biro Pesara dan Tabung Latihan PUSPANITA akan mengadakan Program Keusahawanan – Kursus Latihan Khas bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Kolej Komuniti Selayang seperti ketetapan berikut:

Bil. Kursus Tarikh Maksimum Penyertaan
a) Biskut Coklat Cips 30 Sept 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
b) Brownies 7 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
c) Bread & Butter Pudding 21 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja

Untuk makluman, penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad kepada 15 orang dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Penyertaan adalah first-come-first-serve basis dan PUSPANITA akan memaklumkan jika peserta dipilih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Biro Usahawan Puspanita Negeri Selangor

Untuk muat turun Borang Penyertaan Keusahawanan >>DISINI

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL.3/2016 (SESI 2016/2018)

JEMPUTAN MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL.3/2016 (SESI 2016/2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 3/2016 (sesi 2016/2018) seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Ogos 2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan,Majlis Tindakan Ekonomi Selangor,Tingkat Bawah,Bangunan SSAAS,40000 Shah Alam.

Pengerusi: YBHG. DATIN HJH. HABBULMATAIN BINTI MALIKI,
Pengerusi,
PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor

Sehubungan itu, kerjasama Y.Bhg Datin /Puan/wakil amatlah diharapkan untuk menghadiri mesyuarat bagi memastikan kelancaran perancangan program PUSPANITA.

Untuk muat turun Surat Jemputan Mesyuarat >>DISINI