JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA KEBANGSAAN dengan kerjasama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Biro Keusahawanan, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Biro Pesara dan Tabung Latihan PUSPANITA akan mengadakan Program Keusahawanan – Kursus Latihan Khas bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Kolej Komuniti Selayang seperti ketetapan berikut:

Bil. Kursus Tarikh Maksimum Penyertaan
a) Biskut Coklat Cips 30 Sept 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
b) Brownies 7 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
c) Bread & Butter Pudding 21 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja

Untuk makluman, penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad kepada 15 orang dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Penyertaan adalah first-come-first-serve basis dan PUSPANITA akan memaklumkan jika peserta dipilih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Biro Usahawan Puspanita Negeri Selangor

Untuk muat turun Borang Penyertaan Keusahawanan >>DISINI