Saringan pemeriksaan kesihatan asas di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA (PPKWP), PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya.

promosi kebangsaan pemeriksaan kesihatan percuma

Makluman dari PUSPANITA Kebangsaan :

Mengalu-alukan semua wanita berumur 18 tahun ke atas (terbuka kepada ahli dan bukan ahli) untuk membuat saringan pemeriksaan kesihatan asas di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA (PPKWP), PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya. Sekiranya terdapat masalah atau keperluan saringan lanjutan maka pesakit akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.

Perkhidmatan saringan pemeriksaan kesihatan asas/ pap smear/ rawatan pergigian dan lain-lain diberikan secara PERCUMA kepada penjawat awam. Pelawat perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan disertakan bersama surat permohonan dari Jabatan tempat bekerja dan kemukakan ke alamat emel: ppkwp@moh.gov.my / faks: 03-88881080

Perkhidmatan pemeriksaan klinikal payu dara bagi pengesanan awal kanser payu dara turut ditawarkan. Wanita yang berisiko akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk saringan lanjut dan seterusnya akan dirujuk untuk ujian mamogram jika perlu.

Hubungi PPKWP di talian 03-8888 1090 atau emel ppkwp@moh.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

Semua maklumat pelawat adalah dirahsiakan.