Hebahan Maklumat Pengagihan Token Kehadiran Mesyuarat Agung 2021

*********************************************************************
HEBAHAN KEPADA SETIAUSAHA PUSPANITA DAERAH SELANGOR
*********************************************************************
Assalamualaikum perhatian kepada Puan-puan Setiausaha PUSPANITA Daerah Selangor:
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat AJK Induk PUSPANITA Negeri Selangor Bil 3 Sesi 2020 – 2022, pengagihan token akan dilaksanakan oleh Setiausaha Cawangan Kecil Daerah masing-masing berdasarkan senarai nama yang telah disemak dan disahkan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.
Senarai kehadiran Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Selangor 2021 akan di emel kepada Setiausaha daerah untuk makluman dan semakan selanjutnya.
Setiap ahli yang mendaftar kehadiran semasa Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Selangor 2021 akan mendapat token RM20 daripada PUSPANITA Negeri Selangor. Dipohon Setiausaha dan Bendahari Cawangan Kecil Daerah untuk membuat pemakluman perkara ini kepada ahli-ahli. Pemakluman ini juga akan dihebahkan melalui laman web rasmi dan media sosial PUSPANITA Negeri Selangor.
Berikut merupakan perician data kehadiran yang telah ditapis:
Jumlah mendaftar kehadiran : 1,014
Token RM20
1. Negeri : 447
2. Daerah : 567
Petaling : 88
Klang : 106
Gombak : 18
Sepang : 35
Hulu Langat : 121
Kuala Langat : 24
Hulu Selangor : 28
Kuala Selangor : 44
Sabak Bernam : 103
Selain itu, Bendahari Negeri akan menghubungi Setiausaha dan Bendahari Cawangan Kecil Daerah bagi tujuan penyaluran token ke akaun Daerah.
Sekian, terima kasih.
b.p. Setiausaha & Bendahari,
PUSPANITA Negeri Selangor