Biro ICT dan Seranta telah mengadakan Kursus ICT Kepada AJK Induk PUSPANITA Negeri Selangor yang bertempat di Makmal Cyber, Bahagian Pengurusan Maklumat, Tingkat 2 Bangunan SSAAS, Shah Alam (Pejabat SUK Selangor). Kursus diadakan secara 2 sesi pada 22 dan 27 September 2022.
Matlamat utama program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan cara menggunakan aplikasi ICT yang sesuai di dalam pengurusan program kepada ahli-ahli jawatankuasa induk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang jawatan dan tahap penguasaan aplikasi ICT. Perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Biro ICT dan Seranta yang juga lantikan sesi 2002/2024.
OBJEKTIF KURSUS:
- Menambah pengetahuan ICT;
- Memberi pendedahan terhadap aplikasi ICT terkini;
- Meningkatkan penguasaan mengendalikan aplikasi ICT;
- Berupaya mengadaptasi aplikasi ICT di dalam urusan kerja harian dan pengendalian program anjuran ahli-ahli jawatankuasa;
ILMU YANG DIPELAJARI:
Aturcara Kursus ICT disusun padat dengan sesi perkongsian ilmu dan Hands-On aplikasi ICT yang dirasakan sangat perlu dikuasai oleh semua kakitangan awam terutama yang dilantik mengendalikan hal ehwal jawatankuasa di dalam sesebuah persatuan. Aplikasi berkenaan ialah:
- Google Drive
- Microsoft Powerpoint dan Google Slide
- Google Form (termasuk QR Code dan Link Shortener)
- WordPress
- Facebook Page
- Canva
OUTPUT KURSUS:
- Google Drive – perkongsian file di antara AJK
- Microsoft Powerpoint dan Google Slide – penghasilan laporan program bagi setiap biro
- Google Form (termasuk QR Code dan Link Shortener) – membuat E-Borang termasuk QR Code dan Link Shortener
- WordPress – membuat pengumuman di laman web
- Facebook Page – membuat Post/pengumuman di Facebook Page
- Instagram – membuat Post/pengumuman di Instagram
- Canva – penghasilan E-Poster program
- Template E-Poster – perkongsian Template E-Poster seragam yang boleh digunakan oleh semua biro
GAMBAR PROGRAM