Program Sukaneka MADANI PUSPANITA Negeri Selangor pada 30 Disember 2023

Aktiviti 30/12/2023 (Sabtu) – Program Sukaneka MADANI PUSPANITA Negeri Selangor anjuran Biro Sukan & Rekreasi telah dilaksanakan dengan meriah pada di Dataran SUK Selangor.
Semua peserta begitu bersemangat sepanjang sukaneka berlangsung. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan aktiviti yang telah ditetapkan secara berkumpulan yang dikendalikan oleh Team Meru Coaches.

Program ini turut disertai oleh Datin Setia Padiah binti Safian, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi PUSPANITA 1 dan Dr Siti Rohana binti Saad, Timbalan Pengerusi PUSPANITA 2.
Terima kasih juga diucapkan kepada #TudungSiComel atas kesudian menaja 10 helai tudung kepada peserta bertuah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Sehingga berjumpa lagi di program PUSPANITA Negeri Selangor Tahun 2024

Norhayati Ahkhiad
Biro Sukan & Rekreasi
PUSPANITA Negeri Selangor

sukan2

sukan1 sukan9  sukan3 sukan4 sukan5 sukan6 sukan7 sukan8  sukan10