LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART 15.3.2023

Aktiviti 15.3.2023
LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART anjuran bersama PUSPANITA Daerah Gombak bersama PUSPANITA Negeri Selangor berlangsung pada 15 Mac 2023 (Rabu).
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Padiah binti Safian, Puan Nori Dayu binti Ahmad Kanan, Puan Norhasnitah Binti Ibrahim, Datin Jamaliah binti Abd Aziz, wakil-wakil dari Puspanita Negeri dan Daerah-Daerah kerana sudi bersama-sama dalam sesi lawatan tersebut.
PUSPANITA Negeri Selangor juga turut menyumbangkan peruntukan kepada Daerah Gombak bagi memastikan kelancaran program serta mencapai objektif yang disasarkan.
Semoga perkongsian ilmu daripada En Khairul, En Saberi bersama Mr Thian dapat memberikan sedikit ilmu serta pendedahan mengenai pengoperasian smart tunnel sebagai satu-satunya terowong dwifungsi di dunia. Secara ringkasnya tujuan terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang sememangnya kritikal di sesebuah pusat bandaraya.

Penyertaan dalam tayangan amal sempena sambutan 40 tahun PUSPANITA

9 Mac 2023
Berlangsungnya tayangan amal sempena sambutan 40 tahun PUSPANITA. Program ini adalah anjuran PUSPANITA dengan kerjasama Golden Screen Cinema (GSC). Tayangan ini diadakan serentak di seluruh negara.
Di Selangor sebanyak 5 GSC yg terlibat iaitu GSC Setia Alam, GSC Subang Parade, GSC Paradigm Mall, GSC One Utama dan GSC 3 Damansara. Tayangan amal filem 65 ini adalah berkisarkan tentang sains fiksyen dan di bintangi oleh Adam Driver.
PUSPANITA Negeri Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para pembeli dan penyumbang yang baik hati dan dermawan kerana sudi membeli tiket tayangan filem 65 sambil beramal. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik tuan/puan semua.