Hebahan Majlis Tadarus Perdana & Khatam Al-Quran PUSPANITA Negeri Selangor 13 April 2023
Salam Ramadan.
Majlis Tadarus Perdana & Khatam Al-Quran PUSPANITA Negeri Selangor
Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli muslimah Puspanita Negeri Selangor. Tarikh tutup penyertaan : 7 April 2023
Hebahan Program Amal Memasak Bubur Lambuk PUSPANITA Negeri Selangor 8 April 2023
Salam Ramadan.
Penyertaan Program Amal Memasak Bubur Lambuk PUSPANITA Negeri Selangor
Tarikh : 8 April 2023 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 1.00 tgh
Tempat : Rumah PUSPANITA Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART 15.3.2023
Aktiviti 15.3.2023
LAWATAN KE PUSAT KAWALAN SMART anjuran bersama PUSPANITA Daerah Gombak bersama PUSPANITA Negeri Selangor berlangsung pada 15 Mac 2023 (Rabu).
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Padiah binti Safian, Puan Nori Dayu binti Ahmad Kanan, Puan Norhasnitah Binti Ibrahim, Datin Jamaliah binti Abd Aziz, wakil-wakil dari Puspanita Negeri dan Daerah-Daerah kerana sudi bersama-sama dalam sesi lawatan tersebut.
PUSPANITA Negeri Selangor juga turut menyumbangkan peruntukan kepada Daerah Gombak bagi memastikan kelancaran program serta mencapai objektif yang disasarkan.
Semoga perkongsian ilmu daripada En Khairul, En Saberi bersama Mr Thian dapat memberikan sedikit ilmu serta pendedahan mengenai pengoperasian smart tunnel sebagai satu-satunya terowong dwifungsi di dunia. Secara ringkasnya tujuan terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang sememangnya kritikal di sesebuah pusat bandaraya.





