Program Jejak Warisan Kesultanan Selangor di Kuala Selangor 24 Nov 2022

PENYERTAAN PROGRAM JEJAK WARISAN KESULTANAN SELANGOR DI KUALA SELANGOR
🗓️ 24 November 2022 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 2 petang
🔸 Tempat: Bukit Malawati Kuala Selangor
Penyertaan : 1 kumpulan terdiri daripada 5 orang
Bayaran : RM50.00 satu kumpulan
Pautan Pendaftaran : https://ls.selangor.my/qcQEVw
Penyertaan terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA di Negeri Selangor. Setiap Daerah di minta untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan bagi aktiviti explorace tersebut. Bayaran perlu dibuat sebelum 18 November 2022.
Maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Biro Pendidikan & Kesihatan, melalui Puan Zulimah binti Mukid 019-3409035
Terima kasih di atas perhatian anda semua.

Program Lawatan Masih Ada Yang Sayang ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Puncak Jalinan Kasih

Program Lawatan Masih Ada Yang Sayang ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Puncak Jalinan Kasih
🗓️ 2 November 2022 (Rabu)
⏰ 7.30 pagi – 5 petang
🔸 Tempat: PPDK Puncak Jalinan Kasih, Hulu Selangor
PUSPANITA Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kebajikan ke PPDK Puncak Jalinan Kasih yang terletak di Hulu Selangor. Lawatan diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, YBhg Datin Hajah Padiah binti Safian. Lawatan anjuran Biro Kebajikan ini turut disertai Puan Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi I dan peserta dari kalangan ahli-ahli jawatankuasa induk PUSPANITA Negeri Selangor.
Peserta lawatan menyantuni penghuni dan petugas di PPDK Puncak Jalinan Kasih dan menyerahkan sedikit sumbangan ikhlas. Peserta juga dibawa ke bengkel cendawan yang diusahakan iaitu cendawan tiram sutera dan cendawan simen feru.
Terima kasih PPDK Puncak Jalinan Kasih menerima lawatan kami. dan semoga semua penghuni dan petugasnya sentiasa dalam peliharaan Allah swt.