PENDAFTARAN DAN SEMAKAN DATA AHLI PUSPANITA SELANGOR

[ PENTING : PENGEMASKINIAN DATA AHLI ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PUSPANITA Negeri Selangor sedang dalam proses pengemaskinian data keahlian terkini. Dipohon puan untuk membuat semakan bagi mengemaskini data keahlian disini https://ahli.puspanita.org.my/semakan-keahlian.
Sekiranya didapati tiada, puan dipohon untuk mendaftar sebagai ahli PUSPANITA di sini https://ahli.puspanita.org.my/register dan keahlian PUSPANITA adalah PERCUMA seumur hidup.
PUSPANITA Negeri Selangor amat mengalu-alukan pendaftaran setiap penjawat awam wanita dan isteri penjawat awam lelaki untuk menjadi ahli PUSPANITA.
Terdapat pelbagai tawaran dan berita baik untuk ahli berdaftar, maklumat lanjut https://www.puspanita.org.my/kelebihan-ahli/.
May be an image of text that says "SELANGOR PENDAFTARAN AHLI PUSPANITA PENJAWAT AWAM WANITA @ ISTERI KEPADA PENJAWAT AWAM DIALU-ALUKAN DIALU- UNTUK MENYERTAI MELALUI PAUTAN: http://ahli.puspanita.org.my /register keahlian percuma banyak kelebihan & aktiviti Pn Rozita- 03-33711963 ext 320 Pn Norhayati 03-55447473 Cik Siti Jama'aiah ~03-55205621 Pn Nor Fadilah 03-55447674 cenderahati kepada ahli baharu yang bertuah jabatan yang ramai mendaftar sebelum 21 2021"
Sekian, terima kasih
Dari Biro Keahlian PUSPANITA Negeri Selangor

Hebahan Maklumat Pengagihan Token Kehadiran Mesyuarat Agung 2021

*********************************************************************
HEBAHAN KEPADA SETIAUSAHA PUSPANITA DAERAH SELANGOR
*********************************************************************
Assalamualaikum perhatian kepada Puan-puan Setiausaha PUSPANITA Daerah Selangor:
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat AJK Induk PUSPANITA Negeri Selangor Bil 3 Sesi 2020 – 2022, pengagihan token akan dilaksanakan oleh Setiausaha Cawangan Kecil Daerah masing-masing berdasarkan senarai nama yang telah disemak dan disahkan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.
Senarai kehadiran Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Selangor 2021 akan di emel kepada Setiausaha daerah untuk makluman dan semakan selanjutnya.
Setiap ahli yang mendaftar kehadiran semasa Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Selangor 2021 akan mendapat token RM20 daripada PUSPANITA Negeri Selangor. Dipohon Setiausaha dan Bendahari Cawangan Kecil Daerah untuk membuat pemakluman perkara ini kepada ahli-ahli. Pemakluman ini juga akan dihebahkan melalui laman web rasmi dan media sosial PUSPANITA Negeri Selangor.
Berikut merupakan perician data kehadiran yang telah ditapis:
Jumlah mendaftar kehadiran : 1,014
Token RM20
1. Negeri : 447
2. Daerah : 567
Petaling : 88
Klang : 106
Gombak : 18
Sepang : 35
Hulu Langat : 121
Kuala Langat : 24
Hulu Selangor : 28
Kuala Selangor : 44
Sabak Bernam : 103
Selain itu, Bendahari Negeri akan menghubungi Setiausaha dan Bendahari Cawangan Kecil Daerah bagi tujuan penyaluran token ke akaun Daerah.
Sekian, terima kasih.
b.p. Setiausaha & Bendahari,
PUSPANITA Negeri Selangor