JEMPUTAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG AJINOMOTO (M) BERHAD, PETALING

Sila klik untuk Risalah Lawatan Ke Ajinomoto

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Ajinomoto (M) Berhad pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 9 September 2016 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Lot 5710 Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur

Tempat adalah dihadkan dua(2) orang wakil dari setiap jabatan di bawah PUSPANITA Negeri Selangor (Induk). Keutamaan bagi yang tidak pernah mengikuti program PUSPANITA yang terdahulu dan yang mengemukakan permohonan dengan kadar segera.

Untuk makluman, bas disediakan dan tempat berkumpul berhampiran Pos Pengawal 1, Pejabat SUK pada jam 7.30 pagi bagi peserta dari Induk dan jabatan sekitar sahaja.Bagi sesiapa yang menghadiri lawatan dambil belajar ini layak untuk satu (1) hari berkursus dan boleh dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urusetia Program:
Puan Masyuzi (019-325 1691), Puan Sabariah(018-985 0773) atau Puan Zaimah(03-5544 7945)

Untuk muat turun Surat Jemputan dan Surat Permohonan Pelepasan (Pengecualian) waktu bekerja >> DISINI
Untuk muat turun Borang Pengesahan Kehadiran >> DISINI

 

TAWARAN KEAHLIAN PUSPANITA

BANNER KEAHLIAN

Penjawat awam adalah dipelawa untuk menyertai PUSPANITA sebagai ahli. Antara keistimewaan yang boleh dinikmati sebagai ahli PUSPANITA adalah:-

  1. Yuran adalah percuma (Hanya bayar RM2.00 untuk cetakan kad keahlian).
  2. Percuma Kad Skuad Pengguna
  3. Tawaran diskaun bagi sewaan fasiliti di PUSPANITAPURI dan Rumah PUSPANITA.
  4. Berpeluang menyertai setiap program atau aktiviti khas anjuran PUSPANITA.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, bolehlah berhubung dengan Cik Farhana Aziz di talian 03-2142 1332 atau email ke persatuan.pk@1govuc.gov.my.

Sila muat turun Borang Keahlian >> DISINI
Sila muat turun Risalah Keahlian untuk maklumat lanjut >> DISINI

SESI PERKONGSIAN ILMU “GELOMBANG ANCAMAN-ANCAMAN LUAR KE ATAS MALAYSIA DAN KESEDIAAN KITA MENGHADAPINYA

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN ILMU “GELOMBANG ANCAMAN-ANCAMAN LUAR KE ATAS MALAYSIA DAN KESEDIAAN KITA MENGHADAPINYA”

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA dengan kerjasama Biro Luar Negara, Biro Pesara, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Tabung Latihan PUSPANITA, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia akan mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu “Gelombang Ancaman-ancaman Luar ke atas Malaysia dan Kesediaan Kita Menghadapinya” seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8 September 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya
Pakaian : Pakaian Pejabat

Untuk makluman bagi yang berminat untuk menghadirinya, sila isi borang kehadiran dan emelkan kepada Puan Ruzaidah Binti Mansor di alamat emel: ruzaidah@selangor.gov.my pada atau sebelum 4 September 2016 untuk tindakan lanjut.

Untuk muat turun Aturcara Program>> DISINI

Untuk muat turun Borang Pengesahan Kehadiran >> DISINI

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA KEBANGSAAN dengan kerjasama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Biro Keusahawanan, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Biro Pesara dan Tabung Latihan PUSPANITA akan mengadakan Program Keusahawanan – Kursus Latihan Khas bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Kolej Komuniti Selayang seperti ketetapan berikut:

Bil. Kursus Tarikh Maksimum Penyertaan
a) Biskut Coklat Cips 30 Sept 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
b) Brownies 7 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja
c) Bread & Butter Pudding 21 Okt 2016 (Jumaat) 15 orang sahaja

Untuk makluman, penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad kepada 15 orang dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Penyertaan adalah first-come-first-serve basis dan PUSPANITA akan memaklumkan jika peserta dipilih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Biro Usahawan Puspanita Negeri Selangor

Untuk muat turun Borang Penyertaan Keusahawanan >>DISINI