Pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-59

Pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-59

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Biro Penerbitan, Biro Penerbitan, Tabung Latihan PUSPANITA dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial PUSPANITA menganjurkan sebanyak 5 pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 bagi memupuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme di kalangan ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat.

Dijemput YBhg. Puan Sri/ Datuk/ Datin/ Puan dan ahli PUSPANITA untuk sama-sama turut serta dalam pertandingan ini.

Syarat-syarat penyertaan bagi setiap kategori pertandingan adalah merujuk kepada risalah pertandingan yang disertakan mengikut 5 pertandingan yang diadakan seperti di bawah:

IMG-20160706-WA0027 IMG-20160706-WA0026 IMG-20160706-WA0025 IMG-20160806-WA0017 IMG-20160806-WA0016

JEMPUTAN KE PROGRAM SOLAT HAJAT ANJURAN BERSAMA PUSPANITA & KELAB SUK

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kelab SUK Negeri Selangor dengan kerjasama Biro Agama PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Doa Selamat untuk jemaah haji (ahli Kelab SUK Selangor dan ahli PUSPANITA Negeri Selangor) yang akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun 1437H/2016. Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa : 12.30 tengahari – 2.45 petang
Tempat : Surau SUK, Bangunan SSAAS
Jemputan : Ahli Kelab SUK dan ahli PUSPANITA
Aturcara : Seperti yang dilampirkan

 

Muat Turun Surat Jemputan >> DISINI
Muat Turun Aurcara Majlis >> DISINI

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL.3/2016 (SESI 2016/2018)

JEMPUTAN MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL.3/2016 (SESI 2016/2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 3/2016 (sesi 2016/2018) seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Ogos 2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan,Majlis Tindakan Ekonomi Selangor,Tingkat Bawah,Bangunan SSAAS,40000 Shah Alam.

Pengerusi: YBHG. DATIN HJH. HABBULMATAIN BINTI MALIKI,
Pengerusi,
PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor

Sehubungan itu, kerjasama Y.Bhg Datin /Puan/wakil amatlah diharapkan untuk menghadiri mesyuarat bagi memastikan kelancaran perancangan program PUSPANITA.

Untuk muat turun Surat Jemputan Mesyuarat >>DISINI

JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KETIGA

Dimaklumkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Ketiga dianjurkan oleh pihak PUSPANITA KEBANGSAAN akan diadakan seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 21 Ogos 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat  : De’ Seri Endon, PUSPANITAPUR
Presint 10, Putrajaya

Sila muat turun BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KETIGA >>DISINI

JEMPUTAN KE PROGRAM PERKONGSIAN BUDAYA MELALUI TAYANGAN FILEM

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan Program Perkongsian Budaya Melalui Tayangan Filem “Mother’s Day” seperti ketetapan berikut:

Tarikh :19 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Auditorium Blok D8, Kompleks D, Putrajaya
Pakaian : Smart Casual

Sehubungan itu, PUSPANITA berbesar hati menjemput YBhg. Puan Sri/ Datuk/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin Paduka/ Datin Wira/ Datin/ To’ Puan/ Puan dan ahli PUSPANITA bersama ahli keluarga hadir ke program ini.

Untuk pengesahan kehadiran bersama ahli keluarga selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Ogos 2016 (Selasa) melalui emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Encik Mohamad Fadil Abdullah dan Cik Siti Nurmaimunah Mazlan di talian 03-2142 1332

Untuk muat turun atur cara program >> DISINI

Untuk muat turun BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN MOVIE NITE >>DISINI