JEMPUTAN KE PROGRAM PERKONGSIAN BUDAYA MELALUI TAYANGAN FILEM

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan Program Perkongsian Budaya Melalui Tayangan Filem “Mother’s Day” seperti ketetapan berikut:

Tarikh :19 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Auditorium Blok D8, Kompleks D, Putrajaya
Pakaian : Smart Casual

Sehubungan itu, PUSPANITA berbesar hati menjemput YBhg. Puan Sri/ Datuk/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin Paduka/ Datin Wira/ Datin/ To’ Puan/ Puan dan ahli PUSPANITA bersama ahli keluarga hadir ke program ini.

Untuk pengesahan kehadiran bersama ahli keluarga selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Ogos 2016 (Selasa) melalui emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Encik Mohamad Fadil Abdullah dan Cik Siti Nurmaimunah Mazlan di talian 03-2142 1332

Untuk muat turun atur cara program >> DISINI

Untuk muat turun BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN MOVIE NITE >>DISINI