Kursus ICT Kepada AJK Induk PNS – Sept 2022

Biro ICT dan Seranta telah mengadakan Kursus ICT Kepada AJK Induk PUSPANITA Negeri Selangor yang bertempat di Makmal Cyber, Bahagian Pengurusan Maklumat, Tingkat 2 Bangunan SSAAS, Shah Alam (Pejabat SUK Selangor). Kursus diadakan secara 2 sesi pada 22 dan 27 September 2022.

Matlamat utama program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan cara menggunakan aplikasi ICT yang sesuai di dalam pengurusan program kepada ahli-ahli jawatankuasa induk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang jawatan dan tahap penguasaan aplikasi ICT. Perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Biro ICT dan Seranta yang juga lantikan sesi 2002/2024.

OBJEKTIF KURSUS:

  • Menambah pengetahuan ICT;
  • Memberi pendedahan terhadap aplikasi ICT terkini;
  • Meningkatkan penguasaan mengendalikan aplikasi ICT;
  • Berupaya mengadaptasi aplikasi ICT di dalam urusan kerja harian dan pengendalian program anjuran ahli-ahli jawatankuasa;

ILMU YANG DIPELAJARI:

Aturcara Kursus ICT disusun padat dengan sesi perkongsian ilmu dan Hands-On aplikasi ICT yang dirasakan sangat perlu dikuasai oleh semua kakitangan awam terutama yang dilantik mengendalikan hal ehwal jawatankuasa di dalam sesebuah persatuan. Aplikasi berkenaan ialah:

  • Google Drive
  • Microsoft Powerpoint dan Google Slide
  • Google Form (termasuk QR Code dan Link Shortener)
  • WordPress
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Canva

OUTPUT KURSUS:

  • Google Drive – perkongsian file di antara AJK
  • Microsoft Powerpoint dan Google Slide – penghasilan laporan program bagi setiap biro
  • Google Form (termasuk QR Code dan Link Shortener) – membuat E-Borang termasuk QR Code dan Link Shortener
  • WordPress – membuat pengumuman di laman web
  • Facebook Page – membuat Post/pengumuman di Facebook Page
  • Instagram – membuat Post/pengumuman di Instagram
  • Canva – penghasilan E-Poster program
  • Template E-Poster – perkongsian Template E-Poster seragam yang boleh digunakan oleh semua biro

GAMBAR PROGRAM

aturcara kursus ict 2022

 

kursus_ict_1

kursus_ict_6 kursus_ict_5 kursus_ict_4 kursus_ict_3 kursus_ict_2

Info PUSPANITA Kebangsaan : Webinar 22 Sept 2022

Webinar
Mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara merupakan tanggungjawab semua warganegara, tidak kira lelaki atau wanita.
Ikuti perkongsian pengalaman dan cabaran sebagai seorang anggota tentera wanita menerusi Webinar Borak Kopitiam Siri 3: Cabaran Wanita Dalam Pertahanan Negara anjuran PUSPANITA Kebangsaan yang akan diadakan pada 22 September 2022 (Khamis), jam 10.00 pagi secara langsung di Facebook Live PUSPANITA Kebangsaan.