Kenderaan Disediakan Untuk Tadarus Perdana 10 Julai 2015

Makluman terkini bahawa pengangkutan berikut disediakan bagi ahli di Pejabat SUK Selangor yang mengikuti program Tadarus Perdana 10 Julai 2015 :-

Kenderaan : Coaster Pejabat SUK
Masa bertolak : 8.30 pagi
Tempat berkumpul : Berhadapan Dewan Negeri Selangor

Pengesahan/pegawai untuk dihubungi:-
Puan Zaimah Abd Razak : 019-3598626

Majlis Tadarus Perdana 2015

tadarus2015

Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli tidak kira di mana berada. Sukacita dengan ini Puspanita Negeri Selangor ingin menjemput semua ahli Puspanita Negeri Selangor bersama-sama ke Majlis Tadarus Perdana 2015 yang akan diadakan pada :-
Tarikh : 10 Julai 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Madrasah Ittihad-Diniyyah, Seksyen 6, Shah Alam

Aturcara:

8.00 pagi – Pendaftaran peserta
9.00 pagi – Taklimat
– Solat Sunat Dhuha
– Solat Sunat Hajat
– Solat Sunat Tasbih
– Tadarus Al-Quran
– Majlis Khatam Al-Quran
– Tazkirah ringkas sempena Ramadhan
3.00 petang – Ucapan Pengerusi Puspanita Negeri Selangor
– Penyampaian sumbangan kebajikan Hari Raya untuk ahli Puspanita (Ibu Tunggal dan anak kurang upaya)
– Bersurai

b.p. Biro Agama, Puspanita Negeri Selangor

Bengkel Usahawan Anjuran Puspanita Kebangsaan 2015

kebangsaan_bengkelusahawan2015

Sukacita dimaklumkan PUSPANITA Kebangsaaan, Biro Pesara, Biro Keusahawanan dan Tabung Latihan PUSPANITA dengan Sokongan Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang Selangor akan menganjurkan Bengkel Keusahawanan PUSPANITA “Kemahiran Dan Kreativiti Pemangkin Kejayaan” mengikut butiran berikut:

Tarikh : Bermula 27 Jun 2015 (Jumaat / Sabtu)

Tempat : PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya (Lokasi akan dimaklumkan kepada peserta)

Pakaian : Kasual / Sopan

Pembayaran yuran penyertaan bagi setiap kelas perlu dijelaskan sebelum kelas bermula (bagi yang telah mendaftar) mengikut butiran berikut:

Nama Akaun : Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

No. Akaun : 8000467199

Bank : CIMB Bank Berhad (emel bukti pembayaran ke bayaran@puspanitakebangsaan.jpm.my & persatuan@puspanitakebangsaan.jpm.my)

Daftar sekarang diri sekarang sebagai peserta, tempat adalah terhad. Pilih mana-mana bengkel yang anda suka. Yuran adalah pada kadar minima dan bahan, peralatan dan nota rujukan akan disediakan.

Permohonan Insentif Pendidikan Dibuka Sehingga 15 JUN 2015

PEMBERIAN INSENTIF PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2015

Insentif diberikan kepada anak-anak ahli yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berikut:-

UPSR : 7A
PMR : 7A
SPM : 7A
STPM : 4P-(A)
STAM : JAYYID JIDDAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan Negeri/ Persekutuan Negeri Selangor yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas.

2. Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA.

3. Pengesahan salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Pemohon.

4. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Pemohon.

5. Bagi ahli yang telah bersara/berpencen, borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Prosesional/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

G. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum:
15 JUN 2015

Kepada :

PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN
PUSPANITA NEGERI SELANGOR
D/A: JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
(UNIT MATEMATIK, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)
JALAN JAMBU BOL 4/3E
40604 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN.

Untuk keterangan lanjut:
sila hubungi Puan Zuraida Binti Zulkifli
di talian: 03-55189204/019-2299465

DOWNLOAD SINI Borang Insentif Pendidikan