Bengkel Usahawan Anjuran Puspanita Kebangsaan 2015

kebangsaan_bengkelusahawan2015

Sukacita dimaklumkan PUSPANITA Kebangsaaan, Biro Pesara, Biro Keusahawanan dan Tabung Latihan PUSPANITA dengan Sokongan Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang Selangor akan menganjurkan Bengkel Keusahawanan PUSPANITA “Kemahiran Dan Kreativiti Pemangkin Kejayaan” mengikut butiran berikut:

Tarikh : Bermula 27 Jun 2015 (Jumaat / Sabtu)

Tempat : PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya (Lokasi akan dimaklumkan kepada peserta)

Pakaian : Kasual / Sopan

Pembayaran yuran penyertaan bagi setiap kelas perlu dijelaskan sebelum kelas bermula (bagi yang telah mendaftar) mengikut butiran berikut:

Nama Akaun : Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

No. Akaun : 8000467199

Bank : CIMB Bank Berhad (emel bukti pembayaran ke bayaran@puspanitakebangsaan.jpm.my & persatuan@puspanitakebangsaan.jpm.my)

Daftar sekarang diri sekarang sebagai peserta, tempat adalah terhad. Pilih mana-mana bengkel yang anda suka. Yuran adalah pada kadar minima dan bahan, peralatan dan nota rujukan akan disediakan.

Permohonan Insentif Pendidikan Dibuka Sehingga 15 JUN 2015

PEMBERIAN INSENTIF PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2015

Insentif diberikan kepada anak-anak ahli yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berikut:-

UPSR : 7A
PMR : 7A
SPM : 7A
STPM : 4P-(A)
STAM : JAYYID JIDDAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan Negeri/ Persekutuan Negeri Selangor yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas.

2. Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA.

3. Pengesahan salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Pemohon.

4. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Pemohon.

5. Bagi ahli yang telah bersara/berpencen, borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Prosesional/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

G. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum:
15 JUN 2015

Kepada :

PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN
PUSPANITA NEGERI SELANGOR
D/A: JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
(UNIT MATEMATIK, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)
JALAN JAMBU BOL 4/3E
40604 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN.

Untuk keterangan lanjut:
sila hubungi Puan Zuraida Binti Zulkifli
di talian: 03-55189204/019-2299465

DOWNLOAD SINI Borang Insentif Pendidikan

Program Agama Puspanita Kebangsaan 21 Mei 2015

Assalamualaikum dan salam hormat.
Diperlukan maklumbalas segera! Jemputan ke program agama anjuran PUSPANITA Kebangsaan bertajuk “INDAHNYA PERJALANAN KE SYURGA, HEBATNYA DUGAAN DI DUNIA”

Download surat jemputan >>
Program Agama Puspanita Kebangsaan 21mei2015

Sekian terima kasih.

“Wanita Sepakat Negara Meningkat”

B.P:
Setiausaha Kerja
PUSPANITA Negeri Selangor
Tel.: 03-55447945 (MTES)
Faks.:03-5512 5193
E-mel: zaimah@selangor.gov.my

Program Agama Puspanita Selangor 7 Mei 2015

Assalamualaikum, esok jangan lupa kepada peserta yang telah memberikan nama melalui ketua jabatan masing-masing, jom kita hadiri program bertajuk “PENJELASAN KHILAFIAH DALAM BERIBADAT MENGIKUT PANDANGAN 4 MAZHAB : PERSOALAN HAID DAN ISTIHADAH”

Tarikh : 7 Mei 2015
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

program7mei

 

b.p. Biro Agama, Puspanita Selangor