Tag: aktiviti
Gambar Mesyuarat AJK Induk PUSPANITA Negeri Selangor – Aktiviti Pembuka Tirai 2023
Mesyuarat AJK induk PUSPANITA Negeri Selangor telah diadakan pada 9 Januari 2023, sebagai di antara aktiviti pembuka tirai tahun 2023 di peringkat jawatankuasa. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Datin Hajah Padiah binti Safian. Mesyuarat telah diadakan di Rumah PUSPANITA Negeri Selangor yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Mesyuarat turut dihadiri Puan Syarmila binti Yahaya dan Puan Dr. Siti Rohana binti Hj Saad, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.
Mesyuarat bertujuan merancang aktiviti bagi tahun 2023 dengan penglibatan setiap biro yang telah dilantik bagi sesi 2022-2024.
Kepada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor, jangan lupa sentiasa semak status keahlian anda melalui Sistem Online.
Tadarus Perdana PUSPANITA Negeri Selangor 22 April 2022
PUSPANITA Negeri Selangor melalui Biro Agama akan mengadakan program Tadarus Perdana pada ketetapan berikut:
Tarikh : 22 April 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Surau Nurul Ihsan, Seksyen 6, Shah Alam
- Tempat terhad. Edaran surat dan maklumbalas bilangan peserta melalui jabatan.
- Tema pakaian ialah putih