Category: Umum

PEMAKLUMAN SUMBANGAN DERMA KILAT PUSPANITA NEGERI SELANGOR KEPADA PEMANDU-PEMANDU BAS SUK SELANGOR YANG DITIMPA MUSIBAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan

PEMAKLUMAN SUMBANGAN DERMA KILAT PUSPANITA NEGERI SELANGOR KEPADA PEMANDU-PEMANDU BAS SUK YANG DITIMPA MUSIBAH

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB PUSPANITA (No. Akaun: *8001941219*) REF: *PEMANDU BAS SUK*) bermula 23.8.2024 (Jumaat) sehingga 31.8.2024 (Sabtu).

Mohon semua Ahli Puspanita untuk mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada kepada semua pemandu yang terlibat.

Semoga Allah S.W.T mengangkat doa kita semua.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya: “Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain).”

PROGRAM JOM SIHAT INSPIRASI WANITA, PUSPANITA NEGERI SELANGOR

3.8.2024, Shah Alam – PUSPANITA Negeri Selangor telah mengadakan Program Jom Sihat Inspirasi Wanita PUSPANITA Negeri Selangor di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Eksplorasi, Senamrobik dan Pemeriksaan Kesihatan percuma.

Seramai 70 orang peserta wakil dari PUSPANITA Cawangan Daerah Negeri Selangor telah hadir menyertai program ini.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Setia Hajah Padiah binti Safian, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.