PROGRAM JOM SIHAT INSPIRASI WANITA, PUSPANITA NEGERI SELANGOR

3.8.2024, Shah Alam – PUSPANITA Negeri Selangor telah mengadakan Program Jom Sihat Inspirasi Wanita PUSPANITA Negeri Selangor di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Eksplorasi, Senamrobik dan Pemeriksaan Kesihatan percuma.

Seramai 70 orang peserta wakil dari PUSPANITA Cawangan Daerah Negeri Selangor telah hadir menyertai program ini.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Setia Hajah Padiah binti Safian, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.