Program Lawatan Masih Ada Yang Sayang ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Puncak Jalinan Kasih
2 November 2022 (Rabu)
7.30 pagi – 5 petang
Tempat: PPDK Puncak Jalinan Kasih, Hulu Selangor
PUSPANITA Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kebajikan ke PPDK Puncak Jalinan Kasih yang terletak di Hulu Selangor. Lawatan diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, YBhg Datin Hajah Padiah binti Safian. Lawatan anjuran Biro Kebajikan ini turut disertai Puan Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi I dan peserta dari kalangan ahli-ahli jawatankuasa induk PUSPANITA Negeri Selangor.
Peserta lawatan menyantuni penghuni dan petugas di PPDK Puncak Jalinan Kasih dan menyerahkan sedikit sumbangan ikhlas. Peserta juga dibawa ke bengkel cendawan yang diusahakan iaitu cendawan tiram sutera dan cendawan simen feru.
Terima kasih PPDK Puncak Jalinan Kasih menerima lawatan kami. dan semoga semua penghuni dan petugasnya sentiasa dalam peliharaan Allah swt.