SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI PERTAMA

JEMPUTAN KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI PERTAMA

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan, Biro Sains, Teknologi dan Inovasi, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dan Tabung Latihan PUSPANITA akan menganjurkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Pertama seperti maklumat berikut: – Tarikh : 22 Mei 2016 (Ahad) Masa : 7.45 pagi – 4.00 petang Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI   Presint 10, Putrajaya Seminar ini diadakan khusus kepada anak – anak ahli, pelajar – pelajar sekolah Tingkatan Lima Aliran Sains sahaja sekitar Lembah Klang dan pelajar tuisyen aliran sains PUSPANITA sebagai pendedahan dan pengalaman kepada mereka mengenai teknik – teknik menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, PUSPANITA berbesar hati menjemput pelajar – pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan, kimia dan fizik untuk menyertai seminar ini sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung. Bersama – sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dilengkapkan dan dikembalikan sebelum atau pada 17 Mei 2016 (Selasa) melalui email ke persatuan.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996 dan juga atur cara seminar untuk makluman jua. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi:

>>Puan Intan Shafina Rasdi di talian 03-2142 1332 atau email ke persatuan.pk@1govuc.gov.mypersatuan.pk@1govuc.gov.my.