JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT
Dimaklumkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Keempat akan dianjurkan oleh pihak PUSPANITA KEBANGSAAN akan diadakan seperti maklumat berikut :-
Tarikh : 9 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPUR
Presint 10, Putrajaya
Pakaian : Smart Casual
Dijemput pelajar – pelajar Tingkatan Lima (5) yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik untuk menyertai seminar ini sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung.
PUSPANITA KEBANGSAAN akan mengenakan bayaran commitment fee sebanyak RM20.00 bagi penyertaan setiap pelajar ke seminar ini dan ianya akan dipulangkan semasa pendaftaran seminar. Bayaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar tidak hadir ke seminar tersebut.
Pembayaran boleh dibuat ke akaun PUSPANITA KEBANGSAAN seperti berikut:-
Nama Bank: CIMB
No. Akaun: 8000412656
Nama Akaun: PUSPANITA
Rujukan:STEM 4
Sila muat turun Borang Pengesahan Kehadiran SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT >>DISINI untuk dilengkapkan dan dikembalikan bersama-sama bukti pembayaran comitment fee sebelum atau pada 3 Oktober 2016 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang melalui emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my dan bayaran.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996
Sila muat turun tentatif atur cara seminar >>DISINI
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Siti Nurshuhada Ahmad Shukri di talian 03-2142 1332 atau emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my.