Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Negeri Selangor Kali Ke 37 Tahun 2021

Poster PDF AGM PUSPANITA SELANGOR 2021 Dengan QR Code

Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Negeri Selangor Kali Ke 37 Tahun 2021

Tarikh : 12 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Secara Online melalui Facebook Live PUSPANITA NEGERI SELANGOR

DOWNLOAD BAHAN MESYUARAT:

Makluman bahawa pautan kepada Borang Pengesahan Kehadiran secara online hanya akan dibuka pada 12 Mac 2021 semasa Facebook Live berlangsung. Kerjasama semua adalah dipohon untuk mengisi borang kehadiran bagi memastikan hanya 700 ahli terawal yang melengkapkan borang kehadiran layak menerima saguhati dari pihak penganjur.

Terima kasih di atas sokongan ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor.

Arkib Video, Slide Pembentangan Dan Gambar Semasa Program Bicara Fatwa Fiqh Wanita (17 Feb 2021)

Alhamdulilah Program Bicara Fatwa Fiqh Wanita telah berjaya diadakan secara langsung melalui FB Live di Facebook PUSPANITA Negeri Selangor pada 17 Feb 2021 dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Sehingga sesi ditamatkan, seramai lebih dari 2,500 penonton telah dicatatkan.
Terima kasih di atas sokongan anda terhadap program ini.

Berikut pautan Slide Pembentangan semasa program berkenaan:-

1. Slide Pembentangan : https://drive.google.com/file/d/1j27XS7n41ZVUgKiDY4S_vMfxWdc7zPEN/view?usp=sharing

2. Arkib Video : https://www.facebook.com/puspanitanegeriselangor/live

3. Gambar Program : – akan datang-

screenshot-fblive-puspanitaselangor17feb2021

 

Pertandingan Deklamasi Sajak & Nyanyian Lagu Patriotik

pertandingan merdeka2020

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semua ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput menyertai pertandingan berikut yang diadakan sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 63 pada tahun 2020. Syarat pertandingan seperti berikut:-

1. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2020

>>>BORANG PENYERTAAN DEKLAMASI SAJAK

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor;
  2. Pertandingan ini akan dilaksanakan mulai 26 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 @ 5.00 petang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 tahun dan Hari Malaysia Ke-57 tahun;
  3. Dilaksanakan secara atas talian (online) iaitu peserta perlu mengambil video maksimum berdurasi 5 minit sahaja dengan mendeklamasikan sajak mengikut tema yang ditetapkan lengkap dengan kostum dan latarbelakang yang sesuai;
  4. Sajak yang dideklamasikan sama ada ciptaan sendiri atau sedia ada, peserta perlu meletakkan tandanama seperti di bawah semasa mendeklamasikan sajak;
NAMA: AMINAH BINTI ALIJABATAN / PUSPANITA DAERAH:

EMEL:

  1. Peserta perlu memuatnaik video ke laman Facebook (FB) PUSPANITA: PUSPANITA NEGERI SELANGOR selewat-lewatnya 4 September 2020 @ 5.00 petang. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap individu.
  2. Tiga (3) orang pemenang akan dipilih dan hadiah adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut:
  • Pertama: RM 300
  • Kedua: RM 200
  • Ketiga: RM 100
  1. Penjurian adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Pihak penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan pemenang berdasarkan kepada penyertaan yang diterima.
  2. Pemenang akan diumumkan di FB PUSPANITA Negeri Selangor selepas 16 Septemper 2020 dan akan dihubungi oleh pihak penganjur.

 

2. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2020

>>> BORANG PENYERTAAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK (ONLINE) 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 

  1. Terbuka kepada semua anak-anak ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang berumur 7-12 tahun sahaja, secara solo (individu ) atau berkumpulan tidak melebihi 3 orang (adik beradik sahaja) dan hanya satu penyertaan sahaja diterima;
  2. Pertandingan ini akan dilaksanakan mulai 26 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 @ 5.00 petang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 tahun dan Hari Malaysia Ke-57 tahun;
  3. Dilaksanakan secara atas talian (online) iaitu peserta perlu mengambil video maksimum berdurasi 5 minit sahaja dan lengkap dengan kostum dan latarbelakang yang sesuai;
  4. Peserta perlu meletakkan tandanama seperti di bawah semasa menyanyikan lagu tersebut;
NAMA: AMINAH BINTI ALIUMUR:

JABATAN / PUSPANITA DAERAH:

EMEL  IBU / BAPA:

  1. Peserta perlu memuatnaik video ke laman Facebook (FB) PUSPANITA: PUSPANITA NEGERI SELANGOR selewat-lewatnya 4 September 2020 @ 5.00 petang.
  2. Tiga (3) orang pemenang akan dipilih dan hadiah adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut:
  • Pertama: RM 150
  • Kedua: RM 100
  • Ketiga: RM 70
  1. Penjurian adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Pihak penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan pemenang berdasarkan kepada penyertaan yang diterima.
  2. Pemenang akan diumumkan di FB PUSPANITA Negeri Selangor selepas 16 Septemper 2020 dan akan dihubungi oleh pihak penganjur.

 

*Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zaimah di talian 03-55447945 atau emel zaimah@selangor.gov.my