Pertandingan Deklamasi Sajak & Nyanyian Lagu Patriotik

pertandingan merdeka2020

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semua ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput menyertai pertandingan berikut yang diadakan sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 63 pada tahun 2020. Syarat pertandingan seperti berikut:-

1. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2020

>>>BORANG PENYERTAAN DEKLAMASI SAJAK

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor;
  2. Pertandingan ini akan dilaksanakan mulai 26 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 @ 5.00 petang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 tahun dan Hari Malaysia Ke-57 tahun;
  3. Dilaksanakan secara atas talian (online) iaitu peserta perlu mengambil video maksimum berdurasi 5 minit sahaja dengan mendeklamasikan sajak mengikut tema yang ditetapkan lengkap dengan kostum dan latarbelakang yang sesuai;
  4. Sajak yang dideklamasikan sama ada ciptaan sendiri atau sedia ada, peserta perlu meletakkan tandanama seperti di bawah semasa mendeklamasikan sajak;
NAMA: AMINAH BINTI ALIJABATAN / PUSPANITA DAERAH:

EMEL:

  1. Peserta perlu memuatnaik video ke laman Facebook (FB) PUSPANITA: PUSPANITA NEGERI SELANGOR selewat-lewatnya 4 September 2020 @ 5.00 petang. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap individu.
  2. Tiga (3) orang pemenang akan dipilih dan hadiah adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut:
  • Pertama: RM 300
  • Kedua: RM 200
  • Ketiga: RM 100
  1. Penjurian adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Pihak penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan pemenang berdasarkan kepada penyertaan yang diterima.
  2. Pemenang akan diumumkan di FB PUSPANITA Negeri Selangor selepas 16 Septemper 2020 dan akan dihubungi oleh pihak penganjur.

 

2. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2020

>>> BORANG PENYERTAAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK (ONLINE) 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 

  1. Terbuka kepada semua anak-anak ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang berumur 7-12 tahun sahaja, secara solo (individu ) atau berkumpulan tidak melebihi 3 orang (adik beradik sahaja) dan hanya satu penyertaan sahaja diterima;
  2. Pertandingan ini akan dilaksanakan mulai 26 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 @ 5.00 petang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 tahun dan Hari Malaysia Ke-57 tahun;
  3. Dilaksanakan secara atas talian (online) iaitu peserta perlu mengambil video maksimum berdurasi 5 minit sahaja dan lengkap dengan kostum dan latarbelakang yang sesuai;
  4. Peserta perlu meletakkan tandanama seperti di bawah semasa menyanyikan lagu tersebut;
NAMA: AMINAH BINTI ALIUMUR:

JABATAN / PUSPANITA DAERAH:

EMEL  IBU / BAPA:

  1. Peserta perlu memuatnaik video ke laman Facebook (FB) PUSPANITA: PUSPANITA NEGERI SELANGOR selewat-lewatnya 4 September 2020 @ 5.00 petang.
  2. Tiga (3) orang pemenang akan dipilih dan hadiah adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut:
  • Pertama: RM 150
  • Kedua: RM 100
  • Ketiga: RM 70
  1. Penjurian adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Pihak penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan pemenang berdasarkan kepada penyertaan yang diterima.
  2. Pemenang akan diumumkan di FB PUSPANITA Negeri Selangor selepas 16 Septemper 2020 dan akan dihubungi oleh pihak penganjur.

 

*Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zaimah di talian 03-55447945 atau emel zaimah@selangor.gov.my

Bengkel Seni Tekad Gubah Bunga Tanjung 5 Sept 2020

Bengkel Seni Tekad Gubah Bunga Tanjung 5sept2020

Ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor adalah dijemput menyertai Bengkel Seni Tekad Gubah Bunga Tanjung yang akan diadakan pada:-

Tarikh : 5 Sept 2020 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Ballroom, Dewan Jubli Perak, Shah Alam, Selangor

Bayaran penyertaan adalah RM60.00 seorang.

Bayaran hendaklah dibuat ke Nombor Akaun PUSPANITA Bank CIMB : 80-0194121-9 sebelum program tersebut.

HUBUNGI URUSETIA :

Pn. Nurulain (nurulain@padat.gov.my) 012-6336017 /
Pn. Kalsom 012-2357358

HEBAHAN 2 DALAM 1 : MAKLUMAN PLATFORM KRAF TTAHM DAN JEMPUTAN KELAS JAHITAN KREATIF 8 OGOS 2020

[ HEBAHAN 2 DALAM 1 : MAKLUMAN PLATFORM KRAF TTAHM DAN JEMPUTAN KELAS JAHITAN KREATIF 8 OGOS 2020 ]
 
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Kepada semua ahli PUSPANITA Selangor, berikut dipanjangkan extract kandungan surat PUSPANITA Kebangsaan yang kami terima:
 
[Pautan Download surat asal >>  Hebahan TTAHM dan Program PSJKM ]
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin/ To’ Puan/ Puan,
 
HEBAHAN PLATFORM THE TUNKU AZIZAH HANDMADE MARKET SECARA DALAM TALIAN DAN KELAS JAHITAN KREATIF ANJURAN PERSATUAN SENI JAHITAN KREATIF MALAYSIA (PSJKM)
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM), sebuah galeri jualan barang-barang seni kreatif telah sempurna dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AL-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 27 Februari 2020 yang lalu dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA.
 
3. Susulan pelancaran tersebut, PUSPANITA Kebangsaan menyokong penglibatan para ahli PUSPANITA yang berminat menyertai The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) secara atas talian dan para ahli boleh menggunakan platform ini untuk menghasilkan produk buatan tangan (handmade) dan kemudiannya dipasarkan untuk menambah pendapatan keluarga. Platform ini boleh digunakan secara dalam talian melalui media sosial seperti berikut ;
 
a) Laman Web : https://sewingworld.com.my
b) Facebook : https://www.facebook.com/sewingworldgallery
c) Instagram : https://www.instagram.com/sewingworld
 
4. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin/ Puan adalah dimohon untuk menghebahkan platform The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) secara dalam talian kepada semua ahli cawangan masing-masing dan juga mengalu-alukan jika ada dalam kalangan ahli yang mempunyai produk kemahiran (selain makanan) untuk sama – sama menggunakan platform ini bagi mempromosikan produk masing-masing. Bersama-sama ini disertakan muka hadapan platform seperti di lampiran untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin/ To’ Puan/ Puan jua.
 
5. Untuk makluman semua cawangan juga, pihak Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) turut menawarkan kelas menjahit face mask dan pouch kepada ahli PUSPANITA seperti butiran berikut;
 
Tarikh : 8 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Kraftangan Epal, Sky Park @ One City, Subang Jaya, Selangor
 
6. Para ahli yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi PUSPANITA Kebangsaan dan melengkapkan borang penyertaan di lampiran. Yuran penyertaan RM30.00 dikenakan bagi setiap penyertaan untuk kos bahan, makan dan minuman.
 
7. Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Seri/ Datin Sri/ Datin/ To’ Puan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih
 
“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
MOHAMAD FADIL BIN ABDULLAH
Penolong Pegawai Tadbir
b.p Setiausaha Agung PUSPANITA
Tel: 03-8884 0300 | Faks: 03-8888 6475 | E-mel: fadil.pk@1govuc.gov.my
 
Laman Web : http://www.puspanita.org.my/
Facebook : PUSPANITA Kebangsaan
Instagram : @puspanita.kebangsaan