Notis Mesyuarat Agung Kali Ke-35 Tahun 2019

banner-agm-puspanita-2019-dengan-slot-cutecarry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berikut notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 35 PUSPANITA Negeri Selangor.

Tarikh : 26 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

Semua penjawat awam wanita di Negeri Selangor dan ahli-ahli dijemput hadir. Sila DOWNLOAD Notis AGM, CTR untuk makluman:

Penting : Kehadiran anda ke AGM akan direkodkan secara QR Code semasa tiba di Dewan Jubli Perak. Oleh itu anda diminta bersedia dengan smartphone yang sudah dipasang aplikasi QR Code. Sila download awal dari penyedia aplikasi smartphone anda.

aturcara majlis perasmian 2019

aturcara mesyuarat agung 2019 1

Seminar Sains SPM : Fizik, Kimia, Biologi 6 Okt 2018

SEMINAR SAINS SPM (FIZIK, KIMIA, BIOLOGI)

PUSPANITA Selangor akan melaksanakan Seminar SPM Sains : Fizik, Kimia, Biologi untuk calon-calon SPM 2018.
Tarikh: 6/10/2018 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi – 3:30 ptg
Tempat: Dewan Utama, Jabatan Pendidikan Selangor

::DAFTAR ONLINE SEKARANG di pautan berikut : https://goo.gl/forms/HV9QJwOwST7x334h1 

Bayaran RM10.00 akan dikutip pada hari seminar.

Urusetia : Biro Pendidikan, PUSPANITA Negeri Selangor

Forum Pendidikan Dan Kekeluargaan 14 Sept 2018

forum

Forum Pendidikan Dan Kekeluargaan
Anjuran PUSPANITA Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor

DAFTAR ONLINE DI SINI>>
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSco3iI10tU2vXQ0AOEtuHlqvrT6j110W5a5BG0nhs6stJtEDQ/viewform

Tarikh : 14 Sept 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

Moderator : Yana Samsuddin

Penceramah :

  • Ustazah Isfadiah Ahamad Dasuki
  • MK Fuad b. Abdul Razak
  • Puan Azlina bt. Rodzi – konsultan psikologi klinikal

Penyertaan terbuka kepada ahli PUSPANITA Negeri Selangor dan kakitangan awam Selangor lelaki & wanita dengan dijemput hadir bersama anak berumur 13 tahun ke atas

Pengesahan segera, hubungi urusetia:
Pn. Mazura 03-55447168
Pn. Norhasikin 03-55447152
Pn. Noor Azizah 03-55143646

Saringan pemeriksaan kesihatan asas di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA (PPKWP), PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya.

promosi kebangsaan pemeriksaan kesihatan percuma

Makluman dari PUSPANITA Kebangsaan :

Mengalu-alukan semua wanita berumur 18 tahun ke atas (terbuka kepada ahli dan bukan ahli) untuk membuat saringan pemeriksaan kesihatan asas di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA (PPKWP), PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya. Sekiranya terdapat masalah atau keperluan saringan lanjutan maka pesakit akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.

Perkhidmatan saringan pemeriksaan kesihatan asas/ pap smear/ rawatan pergigian dan lain-lain diberikan secara PERCUMA kepada penjawat awam. Pelawat perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan disertakan bersama surat permohonan dari Jabatan tempat bekerja dan kemukakan ke alamat emel: ppkwp@moh.gov.my / faks: 03-88881080

Perkhidmatan pemeriksaan klinikal payu dara bagi pengesanan awal kanser payu dara turut ditawarkan. Wanita yang berisiko akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk saringan lanjut dan seterusnya akan dirujuk untuk ujian mamogram jika perlu.

Hubungi PPKWP di talian 03-8888 1090 atau emel ppkwp@moh.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

Semua maklumat pelawat adalah dirahsiakan.