SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI PERTAMA

JEMPUTAN KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI PERTAMA

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan, Biro Sains, Teknologi dan Inovasi, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dan Tabung Latihan PUSPANITA akan menganjurkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Pertama seperti maklumat berikut: – Tarikh : 22 Mei 2016 (Ahad) Masa : 7.45 pagi – 4.00 petang Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI   Presint 10, Putrajaya Seminar ini diadakan khusus kepada anak – anak ahli, pelajar – pelajar sekolah Tingkatan Lima Aliran Sains sahaja sekitar Lembah Klang dan pelajar tuisyen aliran sains PUSPANITA sebagai pendedahan dan pengalaman kepada mereka mengenai teknik – teknik menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, PUSPANITA berbesar hati menjemput pelajar – pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan, kimia dan fizik untuk menyertai seminar ini sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung. Bersama – sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dilengkapkan dan dikembalikan sebelum atau pada 17 Mei 2016 (Selasa) melalui email ke persatuan.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996 dan juga atur cara seminar untuk makluman jua. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi:

>>Puan Intan Shafina Rasdi di talian 03-2142 1332 atau email ke persatuan.pk@1govuc.gov.mypersatuan.pk@1govuc.gov.my.

MESYUARAT JAWANTANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL 2/2016 (SESI 2016/2018)

NOTIS MESYUARAT JAWANTANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL 2/2016 (SESI 2016/2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA akan mengadakan JAWANTANKUASA INDUK PUSPANITA NEGERI SELANGOR BIL 2/2016 (SESI 2016/2018) adalah seperti berikut:-

Tarikh:6 Mei 2016(Jumaat)

Masa:9.00 pagi

Tempat:Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS,40000 Shah Alam

Pengerusi: YBHG. DATIN HJH. HABBULMATAIN BINTI MALIKI, Pengerusi, PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor

  • Semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA INDUK (SESI 2016/2018) adalah dijemput HADIR.
  • Dilampirkan Agenda Mesyuarat- MUAT TURUN DISINI
  • Dilampirkan Minit Mesyuarat PUSPANITA Negeri Selangor Bil 1/2016(Sesi 2016/2018) bertarikh 12 Februari 2016 untuk makluman dan tindakan. MUAT TURUN DISINI

INSENTIF PENDIDIKAN-HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2016

INSENTIF PENDIDIKAN-HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan, Biro Pendidikan PUSPANITA Negeri Selangor membuka permohonan untuk anak-anak ahli PUSPANITA Negeri Selangor yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama bagi tahun 2015.

Muat Turun Borang permohonan: DISINI>>

Adalah dimohon mewar-warkan jemputan kepada ahli Puspanita Negeri Selangor di Jabatan / Agensi masing-masing dan borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada urusetia iaitu Pn.Zuraida Zulkifli atau Pn.Zaimah Ab.Razak -Tel:03-55447945 (MTES) atau Email: zaimah@selangor.gov.my

HEBAHAN MAJLIS MAKAN MALAM LADIES NITE – NAMASTE BOLLYWOOD NITE SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-34

HEBAHAN MAJLIS MAKAN MALAM LADIES NITE – NAMASTE BOLLYWOOD NITE SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-34

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Ladies Nite yang bertema Namaste Bollywood Nite sempena Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-34 akan diadakan seperti maklumat berikut: –

Tarikh : 25 April 2016 (Isnin)

Masa : 8.00 malam

Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya

Majlis Makan Malam ini diadakan bagi menghargai usaha dan komitmen perwakilan yang sentiasa membantu dan menyokong program – program PUSPANITA di seluruh Negara. Justeru itu, YBhg. Puan Sri/ Dato’/Datin Sri/Datin Paduka/Datin Wira/ Datin /To’ Puan / puan dijemput hadir ke majlis ini. Untuk makluman, harga jualan meja termasuk GST sempena majlis ini adalah seperti maklumat berikut

Platinum (10 meja utama) : RM3,180.00 satu meja
Gold (40 meja) : RM2,120.00 satu meja
Silver (50 meja) : RM1,590.00 satu meja

Bersama – sama ini disertakan tentatif atur cara untuk makluman. Muat turun
DISINI>>

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dikemukakan kepada Puan Noni Salmina Abu di talian 012-420 2390 atau email ke noni@mosti.gov.my atau persatuan.pk@1govuc.gov.my. Pembayaran bagi pembelian meja boleh dibuat seperti berikut:-
1. Kaedah Pembayaran adalah secara Bank-in / cheque / bank draf
Nama Bank : CIMB
Nombor Akaun : 8000467199
Nama Akaun : PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Pengesahan pembayaran boleh diemail ke persatuan.pk@1govuc.gov.my).

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-34

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-34

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Ke-34 dan Majlis Perasmian adalah seperti berikut:-

Tarikh:26 April 2016 (Selasa)

Masa:10.00 pagi

Tempat:Dewan Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya

Disertakan kad jemputan dan atur cara majlis untuk makluman. Muat turun DISINI>> Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini dan pengesahan kehadiran bolehlah menghubungi Cik Siti Raudah Ariffin di talian 03-8884 0300 / 018-242 7977 atau email ke persatuan.pk@1govuc.gov.my.