PROGRAM JOM SIHAT INSPIRASI WANITA, PUSPANITA NEGERI SELANGOR

3.8.2024, Shah Alam – PUSPANITA Negeri Selangor telah mengadakan Program Jom Sihat Inspirasi Wanita PUSPANITA Negeri Selangor di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Eksplorasi, Senamrobik dan Pemeriksaan Kesihatan percuma.

Seramai 70 orang peserta wakil dari PUSPANITA Cawangan Daerah Negeri Selangor telah hadir menyertai program ini.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Setia Hajah Padiah binti Safian, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor.

PENCALONAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2024 PUSPANITA NEGERI SELANGOR

Pencalonan adalah terbuka kepada semua anak-anak PUSPANITA Negeri Selangor kawasan Shah Alam.
.
Sila lengkapkan BORANG ONLINE dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Ogos 2024 (Khamis).
.
Kategori dan Syarat Penyertaan:
1. UPKK 2023 : 8A
2. PSRA 2023 : Mumtaz
3. SMA 2023 : Jaid Jiddan
4. SPM 2023 : 9A dan keatas
5. SVM 2023 : PNGK 3.5 dan keatas
6. STPM 2023 : PNGK 3.80 dan keatas
7. STAM 2023 : Mumtaz

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2024 (Khamis)

Borang Permohonan:
https://forms.gle/vqfFekeBpB7zifV86

Pautan Semakan Keahlian
https://ahli.puspanita.org.my/semakan-keahlian

Pautan Pendaftaran Ahli
https://ahli.puspanita.org.my/register