PROGRAM “GO AGRO GO.. LADIES”LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Program Go Agro Go
Program Go Agro Go
Program Go Agro Go

23 Julai 2024, Tanjung Karang – PUSPANITA Negeri Selangor telah menganjurkan Program “Go Agro Go.. LadiesLawatan Sambil Belajar PUSPANITA Negeri Selangor ke Taman Agroteknologi MARDI Tanjung Karang.

Program ini merupakan penghargaan dan tanda terima kasih atas sokongan penjawat awam wanita dan suri penjawat awam yang baru mendaftar, sekali gus menjadi tarikan kepada yang lain untuk turut mendaftar sebagai ahli.

Seramai 30 orang ahli baru yang bertuah dari semua daerah di Negeri Selangor telah dipilih menyertai program ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Lawatan ke Galeri Inovasi Padi dan Taman, bersampan, memancing, gagau ikan dan menanam padi.

Turut hadir dalam program ini Datin Syarmila binti Yahaya, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Negeri Selangor.