KAUNTER SEMAKAN AHLI & PUNGUTAN KAD AHLI DIBUKA DI PEJABAT SUK SELANGOR

aktiviti

Informasi:

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Keahlian dan Tugas-tugas Khas Puspanita Negeri Selangor akan membuka kaunter Pungutan Kad Keahlian pada setiap hari Jumaat minggu pertama, kedua dan minggu ke empat pada setiap bulan di Laman Artami Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermula pada hari ini, 5 Julai 2024.

Ahli Puspanita Negeri Selangor yang telah mendaftar sebagai ahli pada sesi 4 tahun 2023 tetapi belum menerima kad keahlian boleh membuat semakan kad dengan mengimbas QRCode ‘semakan kad keahlian Puspanita’ yang disertakan.

Sila hubungi Puan Maimunah di No H/P : 0193548768 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.