JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”

Dianjurkan oleh Biro Keusahawanan, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, Biro Pesara dan Tabung Latihan PUSPANITA

PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSPANITA KEBANGSAAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI : “KEMAHIRAN DAN KREATIVITI PEMANGKIN KEJAYAAN”akan diadakan seperti di Lampiran 1 bermula 8 Oktober 2016 – 26 November 2016

Penyertaan bagi setiap kursus adalah terhad dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00. Penyertaan adalah first-come-first-serve basis dan pembayaran yuran pendaftaran perlu dibuat setelah peserta berjaya dipilih untuk menyertai kursus berkaitan.

Peserta yang telah membuat pembayaran yuran pendaftaran sebelum mendapat pengesahan penyertaan daripada Urus Setia atau membuat pembatalan di saat akhir, tidak akan dipulangkan semula pembayaran tersebut. Pengangkutan turut akan disediakan bagi kursus yang melibatkan kawasan di luar Putrajaya.

Muat turun borang penyertaan program DISINI>>

Muat turun senarai program DISINI>>

Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Farhana Aziz di talian 03-2142 1332 atau emelkan ke persatuan.pk@1govuc.gov.my. Borang penyertaan perlu dikemukakan kepada Urus Setia sebelum tarikh tutup permohonan.

PENCALONAN ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLANG PERINGKAT CAWANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA (MAP) KE-35

PENCALONAN ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLANG PERINGKAT CAWANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA (MAP) KE-35

Semua AJK PUSPANITA INDUK Negeri Selangor,
Semua AJK PUSPANITA Daerah Negeri Selangor,

Sila Muat Turun FORMAT ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLAN DISINI>>

Segala cadangan pencalonan tersebut, perlu di emelkan kepada Pn. Zaimah Abd. Razak (zaimah@selangor.gov.my) atau Pn. Nurjihan Zulkarnain (nurjihan@selangor.gov.my) pada atau sebelum 30 Oktober 2016.

JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT

JEMPUTAN PELAJAR KE SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT

Dimaklumkan Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik – teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Keempat akan dianjurkan oleh pihak PUSPANITA KEBANGSAAN akan diadakan seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 9 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat  : De’ Seri Endon, PUSPANITAPUR
Presint 10, Putrajaya
Pakaian : Smart Casual

Dijemput pelajar – pelajar Tingkatan Lima (5) yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik untuk menyertai seminar ini sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung.

PUSPANITA KEBANGSAAN akan mengenakan bayaran commitment fee sebanyak RM20.00 bagi penyertaan setiap pelajar ke seminar ini dan ianya akan dipulangkan semasa pendaftaran seminar. Bayaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar tidak hadir ke seminar tersebut.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun PUSPANITA KEBANGSAAN seperti berikut:-

Nama Bank: CIMB

No. Akaun: 8000412656

Nama Akaun: PUSPANITA

Rujukan:STEM 4

Sila muat turun Borang Pengesahan Kehadiran SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK – TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPAT >>DISINI untuk dilengkapkan dan dikembalikan bersama-sama bukti pembayaran comitment fee sebelum atau pada 3 Oktober 2016 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang melalui emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my dan bayaran.pk@1govuc.gov.my atau faks ke 03-2144 2996

Sila muat turun tentatif atur cara seminar >>DISINI

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Siti Nurshuhada Ahmad Shukri di talian 03-2142 1332 atau emel ke persatuan.pk@1govuc.gov.my.

JEMPUTAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG AJINOMOTO (M) BERHAD, PETALING

Sila klik untuk Risalah Lawatan Ke Ajinomoto

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Ajinomoto (M) Berhad pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 9 September 2016 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Lot 5710 Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur

Tempat adalah dihadkan dua(2) orang wakil dari setiap jabatan di bawah PUSPANITA Negeri Selangor (Induk). Keutamaan bagi yang tidak pernah mengikuti program PUSPANITA yang terdahulu dan yang mengemukakan permohonan dengan kadar segera.

Untuk makluman, bas disediakan dan tempat berkumpul berhampiran Pos Pengawal 1, Pejabat SUK pada jam 7.30 pagi bagi peserta dari Induk dan jabatan sekitar sahaja.Bagi sesiapa yang menghadiri lawatan dambil belajar ini layak untuk satu (1) hari berkursus dan boleh dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urusetia Program:
Puan Masyuzi (019-325 1691), Puan Sabariah(018-985 0773) atau Puan Zaimah(03-5544 7945)

Untuk muat turun Surat Jemputan dan Surat Permohonan Pelepasan (Pengecualian) waktu bekerja >> DISINI
Untuk muat turun Borang Pengesahan Kehadiran >> DISINI