Author: admin

KAUNTER SEMAKAN AHLI & PUNGUTAN KAD AHLI DIBUKA DI PEJABAT SUK SELANGOR

aktiviti

Informasi:

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Keahlian dan Tugas-tugas Khas Puspanita Negeri Selangor akan membuka kaunter Pungutan Kad Keahlian pada setiap hari Jumaat minggu pertama, kedua dan minggu ke empat pada setiap bulan di Laman Artami Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermula pada hari ini, 5 Julai 2024.

Ahli Puspanita Negeri Selangor yang telah mendaftar sebagai ahli pada sesi 4 tahun 2023 tetapi belum menerima kad keahlian boleh membuat semakan kad dengan mengimbas QRCode ‘semakan kad keahlian Puspanita’ yang disertakan.

Sila hubungi Puan Maimunah di No H/P : 0193548768 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Hebahan Program Tadarus Perdana PUSPANITA Negeri Selangor Pada 21 Mac 2024

Assalamualaikum,
Ahli-ahli muslimat PUSPANITA Negeri Selangor dijemput hadir ke program berikut:

Dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Selangor dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana bagi tahun 2024/ 1445H pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis) bersamaan 10 Ramadan 1445H
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah (MSSAAS), Shah Alam

**Cenderahati penyertaan disediakan hanya untuk 300 peserta terawal yang daftar dan hadir.

Pihak kami juga memohon kebenaran dan pelepasan waktu bekerja dengan kelulusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) mengikut Perintah Am 42 (A) Bab C bagi ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini.

Rujukan lanjut di e-posterĀ danĀ Download Surat Jemputan Tadarus Perdana PUSPANITA Selangor 2024

tadarus